KLIKKLIK

TAIROD : RAKAN SAYA ADAM YANG MENGIDAP TAIROD

Mohd Adam Salleh Assalamualaikum kak.. Saya masih lagi dlm rawatan. Dah dekat 3 tahun. Baru-baru ni saya (Jul 12) saya dah di "transfer" ke HUSM dari HRPZ II utk kaedah rawatan iodin. Kat HRPZ cuma ada cara operation. takut lak nak kena sembelih. Hahahaha ....Lepas doc periksa, dia bagi appointment card ke bhg nuklear HUSM utk rawatan iodin. Tak pun lagi pi bhg tu.. surat tu pun masih dok simpan lagi. Masa tu wife tgh pregnant dan skrg baby baru sebulan lebih, so saya tangguhkan dulu rawatan tu. Maklum laa, selepas rawatan tu, kita kena kuarantin sbb badan ada radioaktif.Nak dok mana lak sbb tak leh nk dekat dgn org..
Skrg ni.. maintain dgn ubat ajelah. Cuma saya rasa serba salah skrg ni.. adakah saya patut teruskan rawatan iodin tu atau masih ada cara lain lagi? @#$% penin mikior..
  • Deejay Blogger Kpah K-poh Waalaikumsalam adam.Diam tak diam dan 3 tahun yer... kpah pun dah masuk 8 tahun.Adam,kpah pun dah pernah buat rawatan iodin tu.Memang kena kuarantin... tak boleh masak makanan, tak boleh dekat dgn kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.Masa tu, nasib baiklah anak-anak semua di asrama, yg ada di rumah hanya anak yg bongsu, tu pun tak leh dekat, tak boleh minum atau makan dalam bekas yg sama sbb badan kita ada radio aktif.Macam adam, lagi lah yer, baby kecik tu bahaya kalau kena radioaktif.Tapi tak lamalah adam, cuma 3 ke 4 hari saja kan? Apa kata adam teruskan rawatan tu.mungkin itu terbaik untuk adam.Selepas kpah buat rawatan iodin tu, doktor dapati masih ada bengkak lagi pada tempat pembedahan ( setiap 5 tahun kemungkinan sel tairod tu aktif)jadi doktor cadangkan pembedahan kali ke dua.Masa tu, kpah dah mcm hilang arah.. mujurlah ada kawan yang cadangkan supaya kpah minum minyak kelapa dara.Adam, kpah bukan nak jual barang tau,selepas sebulan kpah minum minyak tu, dan tiba masa untuk doktor buat ujian darah.Mengejutkan sbb doktor kata hormon tairod kpah dah normal.walaupun masih bergantung sepanjang hayat dgn ubat, tapi doktor dah tak sebut lagi pasal pembedahan kali ke dua tu.Mungkin kebetulan saja, tapi sejak dr itu hinggalah skrg ni, kpah dah rasa lebih sihat dan masih lagi teruskan dgn minyak kelapa dara tu.Sekarang ni pun, rawatan susualan dah 6 bulan sekali dan ujian darah pun dah setahun sekali saja.Berbanding dulu, rawatan susulan 4 bulan sekali dan ujian darah 3 bulan sekali.Akhir sekali adam, kpah nasihatkan adam supaya ikutlah cakap doktor dan jangan tinggal ubat kerana ubat tu penting bagi pesakit macam kita ni.
p/s: saya mengenali Adam sejak beliau baru saja di sahkan mengidap tairod. saya harap Adam akan tabah dan sentiasa mengikut nasihat doktor.

No comments: