KLIKKLIK

HYPERTAIROD / daza




Salam
Kak sy Daza dr kajang
Sy hypertiriod sjk 2010
Mkn ubt hsptl tk tetap kjp mkn kjp tk
Bln Mac 2012 dr soh sy Mnm radioaktiff
Sy takut sbb ank kecik2 lg
Lps tu sy try Homeopati dr bkn 5 smpi la awAl oktober sy rasa sihat tkde bdebar mgigil pns dll. Tiba2 tiriod sy naik tinggi sjk dr Homeopati tu Tukar dr lain.
Skg sy takut sgt. Nk p hsptl sah kn mrh dgn dr. Klu sy operate je camne kak. Last buat blood test T4 sy dh jd 100++.sy tkt tk tau nk buat pe. Akak lps operate tu trs smbh ke.

T.k


- On Sat, 17/11/12, Sharifahnor wrote:

Waalaikumsalam Daza.
Maaf lewat respon, di harap Daza dalam keadaan memuaskan hari ini. Sebenarnya, apa yang Daza perlu tahu,seseorang yang sudah disahkan mengidap tairod,mereka tak kan sembuh sampai akhir hayat. Memang,ada yang kata boleh sembuh,tapi bukan sembuh dalam istilah sepenuhnya.. Sembuh,tapi mesti bergantung kepada ubat.. Kalau tidak,penyakit akan berulang kembali.
Daza, tujuan radioaktif itu ialah untuk melihat sel tairod dengan lebih jelas lagi. Mengenai dengan minum radioaktif tu akak tak pasti mcm mana prosedurnya tapi akak dulu disuntik dengan cecair radioaktif. Selepas disuntik, akak perlu di scan.. Untuk melihat sel tairod yang kembali aktif semula. (selepas 5 tahun dibedah).selepas prosuder radioaktif itu,memang kita tak boleh dekat dengan kanak-kanak yang di bawah 12 tahun dan tidak boleh menyediakan makanan dan minuman kepada orang lain. Tak boleh share-share pun. Hanya 3 hari sahaja.. Lepas itu radioaktif dalam badan sudah menjadi normal semula. Akak cadangkan Daza buat prosuder itu,supaya doktor boleh melihat sel-sel tairod Daza dengan lebih tepat. Bincang dengan suami dan anak-anak... Mungkin boleh tinggalkan anak di kampung atau menumpang dengan saudara-mara untuk 3 hari. Oh ya, dulu.. Sesiapa yg menjalankan prosuder ini, akan di wad kan.. Tapi akak,boleh jer balik ke rumah seperti biasa.
Daza,
Ikhtiar memang perlu... Ada yang akak pernah dengar guna homeopati. Macam Dazalah.. Nampak macam ok kan.. Tapi sebenarnya masih belum ok. Seorang pengidap tairod bagitahu akak,dia sembuh selelepas guna homeopati.. Tapi dia tinggalkan ubat hospital..so, sekarang ini simptom tairod muncul kembali. Sebab apa? Sebab bila rasa dah sembuh.. Ubat dah tak nak makan. Tairod ni..dalaman..ubat hospital itu penting untuk menstabilkan hormon tairod. Jadi, apa yang perlu Daza lakukan, kena jumpa doktor juga. Pedulikan lah kena marah ke apa ke... Biasalah doktor... Itu mengambil berat namanya..kan.
Akak sendiripun, ubat tak pernah tinggal.. Tapi cukup 5 tahun selepas pembedahan, simptom tairod datang lagi. So..rawatan berterusan..berulang-ulang walaupun selepas pembedahan. Jika doktor cadangkan pembedahan, bincang baik-baik sehingga berpuas hati.
Daza,
Sebenarnya, akak diminta untuk menjalani pembedahan kali kedua disebabkan sel tairod semakin aktif. Memanglah terkejut sebab akak telan ubat dengan tetap. Dari saat itu bermulalah prosuder seperti ambik darah lebih kerap, ke hospital lebih kerap dan misi yang call lebih kerap. Aduiiii...
Jadi,dipendekkan cerita, seseorang telah mencadangkan akak mengambil MINYAK KELAPA DARA.. Sebulan selepas pengambilan minyak kelapa dara.. Akak ke temujanji ambik darah. Seminggu selepas itu,masa untuk berjumpa doktor.. Dan.. Apa yang mengejutkan doktor kata hormon tairod akak dah kembali normal.. Jadi tak perlu pembedahan.
Beberapa rakan telah mengambil minyak kelapa dara juga, dan hasilnya Alhamdulillah.. Kembali normal. Tapi ingat.. Normal bukan bermakna sembuh... Jadi harus ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Sekarang ini, akak pun dah 6 bulan sekali ke hospital berbanding dengan 2 ke 3 bulan sekali.
Ok Daza, boleh cuba minyak kelapa dara, tak kiralah jenama apa... Jangan runsingkan diri..akak tahu...dan faham situasi perasaan 'warga tairod' ni... Kena banyak bersabar dan berdoa. Pesan akak sangat-sangat.. Pergilah ke hospital.. Ubat bagi pesakit tairod adalah penting.

Wassalam. Jumpa lagi.
Fb ( kpah kpoh sharifahnor) djgomofm.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: