KLIKKLIK

TAIROD | sembang di grup facebook: TAIROD DAN ANDA

S: perlukah tairod di operate?

J: Sebenarnya utk operate atau tidak bergantung kepada pendapat doktor. Masa yang di ambil untuk membuat keputusan sama ada utk operate pun, lama.. bergantung pada giliran ( kalau di hospital kerajaan lah). Jangan bimbang,tunggu keputusan ujian darah dulu. Oh ya, tidak semua pesakit tairod perlukan pembedahan.


S: Salam kak...sy mmg d sahkan tiroid 2 minggu lepas dan makan ubt anti tiroid....tp msalah besar bagi saya ialah perasaan tak menentu..kdg2 mcm2 benda negetif terfikir...sy dah cuba lawan sehinggakan kdg2 badan saya rasa mgigil...kdg2 saya takut untuk melawan..sy takut saya putus asa pun ada...rasa tertekn sgt...apa nak buat ya...

J: mengamuk tu.. Memang semulajadi sikap pesakit tairod. Rasa tak sedap hati.. rasa berdebar dan macam macam rasalah.... Kdg kdg menangis hanya kerana hal yg remeh... Itu tak termasuk rasa nak duduk dalam selimut dan tak nak bangun..malas... Serba serbilah. Ramai yg tidak faham akan masalah pesakit tairod ni.. Mrk mungkin melihat kita tak de nampak sakit pun, tapi dalaman kita tersiksa.. Kan.. Betul tak?
Akak dulu pun macam itu. Dan sesekali skrg ni pun tetap ada..cuma terkawal. Ginilah dik.. Apa kata cuba ambil Minyak Kelapa Dara utk menstabilkan hormon. UPDATED : MINYAK KELAPA DARA HANYA SESUAI UNTUK PENGIDAP HYPOTAIROD SAJA. KEPADA YANG HYPERTAIROD,BOLEH AMBIL MINYAK ZAITUN ATAU MINYAK HABATUSSAUDA. Kalau akak boleh normalkan hormon hanya dgn mengambil minyak kelapa dara.. Tentu adik berdua boleh juga.
Satu lagi... Cuba ambil coklat jika rasa tak sedap hati.. Ikutlah van houten ke cadbury ke..Coklat boleh membantu menenangkan perasaan. Jangan risau.. Tak de naik berat badan heee...
Metabolisma pesakit tairod mmg kosong bermakna nak turunkan berat badan memang mustahil. Ini hakikat. Dan bagi pengidap Hypertairod tidak digalakan bersenam berat berat sebab akan menyebabkan degupan jantung bertambah kencang. Bahaya ni.

Tambahan: Elakkan makan makanan yg berasaskan soya kerana soya merupakan pencetus kepada rasa lemah pada badan lesakit tairod. Antaranya air soya.. eloklah tinggalkan terus. Macam tauhu..tempe..kicap tu boleh ambil sikit. Hati hati bila makan yong tau fu sbb byk yg berasas kan soya tu. Akak juga elakkan madu sebab akak pernah sesak nafas selepas minum madu. Tak tahulah mungkin kebetulan kot.
Cuaca sejuk melampau dan panas melampau mmg masalah juga kepada pengidap tairod.

P/s: SAYA BUKANLAH PAKAR DALAM BIDANG INI, TETAPI SEKADAR MEMBANTU BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI. WALLAHUWAKLAM.



No comments: