KLIKKLIK

TAIROD : BERPELUANGKAH UNTUK HAMIL?

TAIROD: BERPELUANGKAH UNTUK HAMIL?

Kpah banyak menerima pertanyaan apakah pengidap tairod berpeluang untuk hamil? Kpah tidaklah dapat nak menjawab dari segi perubatan, tapi dari segi pengalaman dan pembacaan,bolehlah di kongsi di sini. 
Tidak berpeluang utk hamil tu, tidak tepat . Cuma, semuanya atas nasihat doktor. Jika tekun utk berubat, Inshaallah, berpeluang utk hamil.Ada juga yang disahkan mengidap tairod semasa sedang hamil, jadi itu memerlukan pengawasan dari doktor. Sekiranya mengambil rawatan iodine,juga mesti tidak boleh mengandung dalam jangka masa yg diberitahu oleh doktor. 
Kpah sendiripun telah dinasihatkan oleh doktor utk "ikat peranakan" sbb menurut doktor,jika Kpah mengandung,boleh meyebabkan keguguran pada 3 bulan pertama sebab masa tu kpah hypertairod. Apa yang patut dilakukan sekarang ialah tekun menjalani rawatan tairod. Berbincang dengan doktor jika ingin mengandung dan InshaAllah, tidak mustahil boleh mengandung. Apa yang perlu dilakukan ialah stabilkan dulu hormon tairod. Kpah cadangkan penggunaan MINYAK KELAPA DARA utk menstabilkan hormon tairod. InshaAllah, jika hormon tairod lebih stabil, kita akan lebih sihat.
 

No comments: