KLIKKLIK

TAIROD | PEMAKANAN



Assalamualaikum .
Agak sukar untuk jelaskan apa yang boleh dimakan / minum atau yang tak boleh dimakan / minum oleh pengidap tairod.
Secara asasnya, UNTUK SEMUA PENGIDAP TAIROD,TAK KIRA SAMA ADA :
HYPERTAIROD, HYPOTAIROD,THYROIDITIS,HASHIMOTO DISEASE, GRAVE DISEASE,TAIROD MATA,BENGKAK KALENJAR TAIROD DAN KANSER TAIROD, mesti kena PANTANG SOYA,RUMPAI LAUT DAN GAMAT. SEAFOOD juga terpaksa dikurangkan pengambilan.Atas alasan TINGGI IODINE yang akan menganggu tahap iodine dalam badan.

Lain2 makanan / minuman selalunya bergantung kepada penerimaan badan seseorang.

Sekiranya selepas makan sesuatu makanan / minuman ,kemudian menyebabkan rasa mengantuk - lemah badan - pening - loya - muntah - sesak nafas - sakit dada - tidak selesa pada kalenjar tairod - berdenyut pada leher atau tempat pembedahan tairod - atau sebarang rasa tidak selesa pada perut seperti angin - kembung - cirit birit MAKA makanan tersebut pastinya tidak sesuai dengan anda. Harus dielakkan supaya tidak mengalami simptom2.

Untuk yang akan mengambil RAI juga berbeza pantang makan / minum mereka. Berbeza antara yang ambil RAI untuk Hyper dengan yang ambil RAI untuk Kanser Tairod.

Sukar untuk memperincikan apa yang boleh dan apa yg tidak boleh...jadi..badan anda terpaksa menjadi bahan ujikaji. Anda makan dan anda akan tahu apa akibatnya...kemudian..catatkan atau ingat apa yang anda mesti pantang.

- ramai yang elakkan kobis,brokoli,bunga kobis sebab ianya menyebabkan badan jadi lemah. Boleh Google Goitrogen food.

- kopi dan segala yang berkafien kena jarakkan sekurang2nya satu jam dgn masa pengambilan ubat.

- dilarang keras menelan ubat dengan kopi atau sebarang yang berkafien kerana kafien menghalang penyerapan ubat. Sepertinya anda tidak menelan ubat langsung.Telan ubat dengan air masak / air kosong sahaja.

- terlupa menelan ubat sebelum makan? Boleh ambil dua jam selepas makan dengan syarat perut kosong. (Hari yg sama tak kira pada pukul berapa)

- JANGAN gandakan ubat sekiranya anda terlepas hari menelan ubat.

- JANGAN SEKALI2 mengubah dos ubat tanpa arahan dari Doc. Sekiranya anda sudah mengubah sendiri, mesti dimaklumkan kepada Doc pada temujanji akan datang.

- pengidap HYPOTAIROD yang mengalami simptom2 HYPER yang teruk,mesti segera berjumpa dengan Doc. Dikhuatiri anda terlebih dos ubat.

- bagi pengidap yang banyak angin dalam badan kurangkan pengambilan rebung,pucuk ubi kayu,keledek dan semua jenis ubi. Milo sangat tidak sesuai jika anda banyak angin,boleh menyebabkan perut kembung dan makanan susah hadam. Akan rasa seperti hendak muntahkan isi perut.

- pengidap tairod juga akan mengalami sakit dada - tidak selesa pada telinga (berdengung/ berdesing)- kerabunan pada mata - sering pening2 - sakit kepala- sakit tengkuk - sakit dada - sakit belakang - sakit pinggang. Sendi2 juga akan berasa sakit.

- kecelaruan emosi juga melanda pengidap tairod.

- pengambilan supliment juga tidak sama antara pengidap tairod. Ada yang sesuai dan ada juga yang tidak sesuai dgn pengidap. Cara terbaik ialah mencuba sesuatu supliment dan lihat sendiri keberkesanannya. Ia boleh dilihat melalui result ujian darah dan juga kurangnya mengalami simptom2. Jika tidak ada pengurangan pada simptom2, tak perlulah sambung penggunaan supliment tersebut. Cadangan supliment yang terbaik ialah minyak kelapa dara / minyak zaitun / habatussauda / jus delima / Qaseh Adinda.

- kekurangan vitamin2 tertentu juga akan menyebabkan anda mengalami simptom. Mesti berjumpa dengan Doc untuk kepastian. Jangan membeli di farmasi. Kekurangan kalsium,potassium,magnesium dan sodium juga menyebabkan simptom2 berlaku.

Sekian: semuga dapat membantu serba sedikit.

~ kpah k-poh ~

No comments: