KLIKKLIK

TAIROD | MINYAK KELAPA DARA | HYPOTAIROD | HYPERTAIROD

Assalamualaikum ...
Ada pertanyaan berkenaan dengan pengambilan minyak kelapa dara yg kpah gunakan. Bagi yg belum mengetahuinya, kpah sekarang ini mengambil minyak kelapa dara D'Herbs TERLAJAK LARIS.
Kpah dah banyak mencuba pelbagai jenis minyak kelapa dara, tak kira sama ada jenis liquid atau softgel. Minyak kelapa dara keluaran kampung ataupun kilang.... Banyak yang kpah dah cuba.
Kebanyakan perusahaan kampung ( harganya lebih murah) tapi mempunyai rasa "kerisik" yg agak kuat. Bagi yang tidak suka rasa dan bau kerisik..jangan pilih yg perusahaan kampung. Bagi kpah tak ada masalah....telan jer sambil tutup hidung!!!
Softgel tak ada masalah nak telan...cumanya...kalau ada masalah gelema (seperti hingus cair) di tekak, pengambilan softgel tak berkesan nak hilangkan gelema tersebut. Kepada yg sudah membeli, boleh tebuk softgel dgn jarum peniti dan picit ke dalam sudu atau terus ke dalam mulut.
Kpah ambik minyak kelapa dara sudah 4 tahun. Paling lama kpah ambil minyak kelapa dara Dr. azzimuth. Memang berkesan dan rasanya "boleh telan". Sempat ambil sebanyak 25 botol sebelum bertukar kepada softgel demi softgel selama setahun pula.
Apabila pertama kali mengambil Minyak kelapa dara D'Herbs awal tahun ini,kpah dapati ianya menepati citarasa kpah dan lebih sedap...
Cara pengambilan (yg kpah ambik) sesudu pada awal pagi sebelum makan bersama seteguk air masak. Kalau tak minum air lagi bagus supaya minyak lebih senang serap.
Pengidap Hypo,mendapat faedah yg lebih jika mengambil minyak kelapa dara kerana ianya berupaya (InsyaAllah ) menstabilkan hormon.
UPDATED : PENGIDAP HYPERTAIROD TIDAK SESUAI MENGAMBIL MINYAK KELAPA DARA. AKAN SEBABKAN DADA BERDEBAR DAN JANTUNG LAJU.
Ikutlah apa saja jenis yg anda nak guna...Sekiranya tidak ada apa2 kesan selepas sebulan, boleh tukar kepada supliment lain. Mungkin minyak kelapa dara tidak sesuai untuk anda. Minyak tu jgn buang...boleh buat sapu pada rambut dan kulit...
Sekian..


~ kpah k-poh ~

No comments: