KLIKKLIK

KEGATALAN | TIROID DAN ANDA(ORI)

Assalamualaikum

TIPS UNTUK MEREKA YANG GATAL 🤣
#kegatalan
#ruam
#gegata

(Lihat gambar)👇
Bedak cap ular adalah bedak yang turun temurun sejak dahulu lagi..walaupun baunya kurang menyenangkan, (ada yg kata macam bau kapur barus..😂) tapi keberkesanannya 90% berkesan utk segala masalah kulit yg tidak kronik. 

Akan tetapi, sekarang ini...bedak cap ular didatangkan dengan pelbagai haruman... pilih saja. Tapi jangan hidu kuat2 sebab bedak ini mengandungi "CAMPHOR" ( sila google) dan ianya  tidak sesuai utk kanak2 di bawah usia 2 tahun.

Sangat nyaman apabila digunakan selepas mandi. Rasa berangin2 mcm tu 😱😂. Sapukan pada bahagian kulit yg ada ruam, gegata , kurap dan apa saja kegatalan. Di bawah pelipat, di pinggang, di belakang badan, punggung, di bawah perut berlipat, di celah2 jari kaki, tangan, keliling leher, ketiak... seluruh badan pun boleh,.kecuali muka dan kemaluan 🤭
JANGAN SAPUKAN PADA LUKA KULIT YG TERBUKA !! INGAT TU !!

Ramai yang tak suka sebab baunya..tapi baunya tak kekal lama...hanya rasa nyaman dan hilang gatal tu yg penting.

Di mana nak dapat ni?
Setakat ini yg kpah biasa beli, di kedai runcit cina dan Mydin. Eco shop pun ada. Di jual dlm tin dan dan dalam bekas bedak talkum. Saiz besar ada, saiz kecik ada.

Anda gatal??? Dapatkan sekarang !!!!! 🤣🤣🤣

😎#tuantanahkedaung
Pilih yg classic jer...

TIPS PENGAMBILAN KALSIUM CARBONATE DAN KALSIUM LACTATE

Assalamualaikum
Salam sejahtera
#gengtiroid

Tips pengambilan kalsium carbonate dan kalsium lactate

Jom share cara anda pulak, tulis di bahagian komen 👇

Kalsium CARBONATE mesti diambil bersama makanan. Lebih tepat lagi, dikunyah bersama makanan. (Dah jadi mcm ulam 🤪). Kalau yg tak suka kunyah, boleh saja nak telan. Mesti telan sebaik saja selesai makan. Kalau dah berjam² lepas makan, baru nak telan, baik lupakan aje lah. Itu dah seperti telan carbonate dgn perut kosong. Akibatnya, perut akan rasa bergas berasid dan buatkan perut tak selesa. Padan muka aku😁

Jika lupa telan carbonate selepas makan....macam mana nak buat? 

Mudah jer sebenarnya..makan lagi sekali 😂😂.  Padan muka aku. Kan dah gemuk 🤣🤣

Kalsium LACTATE telan selepas makan. Maksudnya 15minit ke 30minit selepas makan. 

Macam mana kalau lupa nak telan kalsium lactate selepas makan?

Caranya...makan lagi.. 15-30min, baru boleh telan lactate. Padan muka kau 🤣🤣 kan dah gemuk..makan banyak kali 🤪

Untuk apa2 jugak kalsium yg kita ambik, mesti ambik dgn air kosong saja. Jangan ambik dgn kafien , susu dan segala mak nenek air manis. Biar darah manis, jangan kencing manis. 

Kalsium dgn susu, jarak 4 jam. 

Kalsium tak boleh ambik bersama dgn makanan berserat. Googlelah apa tu makanan berserat. Jangan kunyah carbonate dgn buah²an.

Jumlah dos kalsium yg kita kena ambik adalah bergantung kpd result darah utk kalsium. Sebiji atau 50 biji sehari, adalah mengikut individual, bukan pepandai nak telan banyak mana.

Nasihat kpah, jika badan dah cukup keperluan kalsium (buat ujian darah utk kalsium), tak perlulah tambah² dgn pil kalsium tambahan. Sakit sendi , sakit urat...tak semestinya nak kena telan pil kalsium. 

Sumber kalsium sprt susu dan lain2 yg semulajadi (sila google), pun kena awasi jugak. Tapi tidaklah akan membuatkan tahap kalsium kita  meningkatkan dgn mendadak. Berbanding dgn pil kalsium tambahan, berlebihan pil kalsium tambahan, akan membentuk batu  kristal dalam buah pinggang. Tahniah !!! Anda berjaya ternak kristal... Nanti mintak dgn doc, selepas operate buang batu kristal tu.. pergilah gadai 🙄🙄

Minum air kosong yg mencukupi jika anda ambik pil kalsium.
Yang mana doc ada bagi Vit D tu, jangan nak skip yer. Vit D membantu penyerapan pil kalsium tu.

Yang dah cukup keperluan kalsium dalam badan tu, tak perlulah cari pil kalsium tambahan. Sayangi.buah pinggang anda, mcm mana anda sayangkan buah hati anda 🤪🤪. 

Sekian.



PENING KEPALA SAKIT KEPALA | TIROID DAN ANDA(ORI)

Assalamualaikum
#gengtiroid


Duduk², lepas tu bangun... tunduk², lepas tu angkat kepala...

Kenapa tiba2 jadi pening??

Pengidap Vertigo, akan jadi macam ni tak kiralah tunduk ke tak tunduk ke..( Search vertigo dlm grup.)

Tapi yg bukan vertigo, bila jadi macam ni, ada kemungkinan anda kurang air. Tak percaya? 

Kita makan ubat setiap hari. Kita makan ubat utk tempuh yang lama. Kita perlu air yg cukup utk badan memproses ubat yg kita makan.

Kita berasa panas dlm badan. Bibir kering. Bibir mengelupas. Dahaga teruk. Mata berpinar. Kulit kusam. Nafas berbau. Lidah kering... kencing kuning... Oihhh...banyak lagi lah akan berlaku jika badan tak cukup air..

Nak nampak muda dan cergas... minum lah air kosong.

Tak caya?? 

Kalau air yg cukup, anda jarang kena sakit kepala dan pening kepala.

😎#tuantanahkedaung
Air kosong yer..
Mereka yg ambik pil kalsium, memerlukan bantuan air utk membantu penyerapan kalsium ke dalam badan.

P/s : sila cek BP yer. Darah tinggi, darah rendah pun menyumbang kpd. pening kepala dan sakit kepala.

Sila cek mata utk tahu tahap kerabunan dan silau.