KLIKKLIK

TIPS PENGAMBILAN KALSIUM CARBONATE DAN KALSIUM LACTATE

Assalamualaikum
Salam sejahtera
#gengtiroid

Tips pengambilan kalsium carbonate dan kalsium lactate

Jom share cara anda pulak, tulis di bahagian komen 👇

Kalsium CARBONATE mesti diambil bersama makanan. Lebih tepat lagi, dikunyah bersama makanan. (Dah jadi mcm ulam 🤪). Kalau yg tak suka kunyah, boleh saja nak telan. Mesti telan sebaik saja selesai makan. Kalau dah berjam² lepas makan, baru nak telan, baik lupakan aje lah. Itu dah seperti telan carbonate dgn perut kosong. Akibatnya, perut akan rasa bergas berasid dan buatkan perut tak selesa. Padan muka aku😁

Jika lupa telan carbonate selepas makan....macam mana nak buat? 

Mudah jer sebenarnya..makan lagi sekali 😂😂.  Padan muka aku. Kan dah gemuk 🤣🤣

Kalsium LACTATE telan selepas makan. Maksudnya 15minit ke 30minit selepas makan. 

Macam mana kalau lupa nak telan kalsium lactate selepas makan?

Caranya...makan lagi.. 15-30min, baru boleh telan lactate. Padan muka kau 🤣🤣 kan dah gemuk..makan banyak kali 🤪

Untuk apa2 jugak kalsium yg kita ambik, mesti ambik dgn air kosong saja. Jangan ambik dgn kafien , susu dan segala mak nenek air manis. Biar darah manis, jangan kencing manis. 

Kalsium dgn susu, jarak 4 jam. 

Kalsium tak boleh ambik bersama dgn makanan berserat. Googlelah apa tu makanan berserat. Jangan kunyah carbonate dgn buah²an.

Jumlah dos kalsium yg kita kena ambik adalah bergantung kpd result darah utk kalsium. Sebiji atau 50 biji sehari, adalah mengikut individual, bukan pepandai nak telan banyak mana.

Nasihat kpah, jika badan dah cukup keperluan kalsium (buat ujian darah utk kalsium), tak perlulah tambah² dgn pil kalsium tambahan. Sakit sendi , sakit urat...tak semestinya nak kena telan pil kalsium. 

Sumber kalsium sprt susu dan lain2 yg semulajadi (sila google), pun kena awasi jugak. Tapi tidaklah akan membuatkan tahap kalsium kita  meningkatkan dgn mendadak. Berbanding dgn pil kalsium tambahan, berlebihan pil kalsium tambahan, akan membentuk batu  kristal dalam buah pinggang. Tahniah !!! Anda berjaya ternak kristal... Nanti mintak dgn doc, selepas operate buang batu kristal tu.. pergilah gadai 🙄🙄

Minum air kosong yg mencukupi jika anda ambik pil kalsium.
Yang mana doc ada bagi Vit D tu, jangan nak skip yer. Vit D membantu penyerapan pil kalsium tu.

Yang dah cukup keperluan kalsium dalam badan tu, tak perlulah cari pil kalsium tambahan. Sayangi.buah pinggang anda, mcm mana anda sayangkan buah hati anda 🤪🤪. 

Sekian.



No comments: