KLIKKLIK

UJIAN DARAH TSI vs TRAb | TIROID DAN ANDA (ORI)

#gengtiroid: ujian darah antibody TSI vs TRAb
Perbezaan Antara Ujian Darah TSI dan TRAb untuk Tiroid.

Jika anda mengalami masalah tiroid, doktor akan mengesyorkan anda untuk membuat ujian darah bagi membantu diagnosis.

Selain dari ujian darah yg biasa utk tiroid iaitu TFT (Thyroid Function Test, ujian darah yang memeriksa tahap hormon untuk menilai sejauh mana kelenjar tiroid berfungsi. Ia mengukur TSH, T4, dan T3 untuk menentukan sama ada tiroid menghasilkan terlalu banyak (hipertiroidisme) atau terlalu sedikit (hipotiroidisme) hormon.) Kadang2 doktor yang merawat, akan mencadangkan untuk anda  membuat ujian tambahan untuk antibodi tiroid.

Dua ujian yang sering digunakan adalah TSI (Thyroid Stimulating Immunoglobulin) dan TRAb (Thyroid Receptor Antibodies).

Anda jangan keliru dengan dua ujian darah antibody ini.

Ujian darah yang selalu dibuat di Hospital gov untuk antibody ialah ujian TRAb iaitu ujian darah yg kita boleh buat serentak dengan ujian darah TFT. Manakala ujian darah yang hanya boleh dibuat di makmal luar ialah ujian darah TSI.

Antara perbezaan kedua-duanya ialah: ( Google info)
TSI:
- Mengukur kehadiran antibodi yang merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan.

- Biasanya digunakan untuk mendiagnosis penyakit Graves', suatu keadaan di mana tiroid menjadi terlalu aktif.

TRAb:
- Mengukur kehadiran antibodi yang menyerang reseptor TSH pada kelenjar tiroid, menyebabkan gangguan fungsi tiroid.

- Boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit Graves' dan juga beberapa kes penyakit Hashimoto.

Perbezaan Utama adalah, TSI lebih spesifik untuk penyakit Graves', manakala TRAb boleh positif dalam beberapa keadaan autoimun tiroid yang lain.

Kedua-dua ujian ini membantu doktor memahami punca masalah tiroid dan memilih rawatan yang sesuai.

Kenapa ujian darah TSI lebih mahal berbanding ujian lain? 

Ujian TSI memerlukan teknologi dan metodologi yang lebih canggih untuk mengesan antibodi spesifik yang berkaitan dengan penyakit Graves'. 

Makmal hospital tidak ada kemudahan untuk membuat ujian TSI. 
(Sampel perlu dihantar ke luar negara yang mempunyai kemudahan utk membuat ujian TSI seperti Singapura dan Australia. Tapi ini tidak dapat disahkan sebab tidak ada info / sumber yg tepat)

😎#tuantanahkedaung

Sekiranya doktor yang merawat mencadangkan supaya anda membuat ujian darah antibody di makmal luar, ia pastinya ujian darah TSI, sebab hosp gov tak ada kemudahan untuk ujian TSI.

Kos ujian darah TSI tidak kurang dari RM500 ( harga mengikut makmal yang anda pergi). Mungkinlah boleh dapat diskaun sekiranya membawa borang ujian darah dari hosp gov tersebut. 

Call dulu makmal2 darah yang berdekatan seperti BP Lab dan mana2 Path lab atau apa saja nama makmal darah utk perbandingan harga.

Selepas tahu tentang TSI dan TRAb ini, jangan kelirukan rakan2 anda dengan menyatakan yg ujian antibody yang anda buat adalah percuma. Itu ujian TRAb. #ingat_tu

MICRO PAPILLARY CARCINOMA |TIROID DAN ANDA

#gengtiroid:Micro Papillary thyroid carcinoma
Micro papillary thyroid carcinoma adalah salah satu daripada jenis kanser tiroid. Dikenali sebagai 'micro' kerana saiz tumor kurang daripada 1cm . Ia termasuk dalam subkategori kanser tiroid papillary yang paling kerap ditemui.

Micro papillary thyroid carcinoma biasanya tumbuh dengan perlahan dan mempunyai prognosis (ramalan tentang penyakit) yang amat baik.

Risiko penyebaran ke kelenjar limfa dan organ lain adalah rendah berbanding kanser tiroid yang lebih besar atau agresif.

Rawatan utama adalah pembedahan, sama ada membuang sebahagian kelenjar tiroid (lobektomi) atau membuang keseluruhan kelenjar tiroid, bergantung kepada keadaan pesakit.

Terapi radioaktif iodin (RAI) atau rawatan hormon mungkin tidak selalu diperlukan.

Pemantauan berkala melalui ultrasound adalah penting untuk mengesan sebarang tanda berulang.

Kebanyakan pesakit mempunyai kadar kelangsungan hidup yang tinggi dengan rawatan dan pemantauan yang sesuai.

Micro papillary thyroid carcinoma adalah kanser tiroid yang kecil dengan kadar risiko yang rendah dan hasil rawatan yang sangat baik, tetapi memerlukan pengurusan dan pemantauan yang teliti untuk memastikan tiada komplikasi jangka panjang.

Untuk memantau Micro Papillary Thyroid Carcinoma yang tidak mengambil RAI, paling penting ialah buat ultrasound tiroid (biasanya) setiap 6 hingga 12 bulan, untuk memantau saiz tumor dan melihat sekiranya ada sebarang perubahan.

Doktor juga akan membuat pemeriksaan fizikal untuk mengesan kehadiran benjolan baru atau pembesaran kelenjar limfa di leher.

Ujian Darah TSH (Thyroid Stimulating Hormone) diperlukan untuk memantau paras hormon tiroid untuk memastikan tahap TSH berada pada paras yang disarankan kerana TSH yang rendah sedikit dapat membantu mengurangkan risiko pertumbuhan tumor.

Jika terdapat nodul baru atau perubahan yang mencurigakan pada ultrasound, biopsy perlu dilakukan semula untuk memastikan tiada perubahan malignan.

Pengidap perlu memantau sebarang simptom baru seperti kesukaran menelan, perubahan suara, atau pembesaran leher yang mungkin menunjukkan perubahan pada keadaan kanser.

Ikutlah nasihat doktor untuk pantau dan ambillah ubat hormone tiroid tanpa culas.

Pemantauan tanpa RAI biasanya diberi untuk kes-kes micro yang dianggap berisiko rendah, tumor kecil, tiada tanda2 merebak dan pesakit pula dalam keadaan sihat. 

Jika ada tanda-tanda atau bukti tumor membesar atau merebak, rawatan lanjut akan dipertimbangkan.

Pemantauan ketat ini penting untuk mengesan sebarang perubahan awal supaya tindakan segera boleh diambil.

😎#tuantanahkedaung

Walaupun ianya masih penyakit kanser, tapi kadar penyembuhan dan kawalan penyakit ini sangat baik dengan rawatan dan pemantauan yang betul.

PRISKRIPSI UBAT | TIROID DAN ANDA

#gengtiroid:pesan berpesan dan ingat ingatlah 😉

Priskripsi ( surat ubat ) yang kita dapat setiap kali lepas rutin jumpa doc, silalah ambik gambar dan simpan dalam galeri fon. Dapat priskripsi baru, delete lah yang lama.

Ini sangat berguna pada waktu2 kecemasan atau pada masa kita kena masuk ward. Lebih2 lagi yang kena makan ubat utk pelbagai jenis penyakit, agak sukar jugak nak ingat kalau tiba2 dapat soalan mengejut. #ingat_tu

😎#tuantanahkedaung

Jangan beli produk / jus / krim atau apa saja yang menjanjikan sembuh dari masalah tiroid.

Apabila doc stopkan ubat, bukan bermakna sembuh sepenuhnya tapi bermaksud kena lebih gigih untuk menjaga tahap hormon tiroid kita.