KLIKKLIK

Tairod : Keputusan Ujian Darah

Apa lagi yang hendak di kata...sememangnya akak k-poh bersyukur sangat-sangat dengan keputusan ujian darah hari tu. Juga..akak k-poh harap selanjutnya setiap kali ujian darah...maka resultnya, memuaskan. Nak story sikit..setelah menunggu hampir 3 jam untuk berjumpa dgn doktor pakar, akak k-poh diberitahu tentang berita gembira. Bukan menang loteri..laaa...tapi doktor beritahu yg tahap hormon tairod akak k-poh dah berada pada tahap normal..!!! Sejak akak k-poh mengidap tairod 6 tahun lalu..dan pernah jalani pembedahan..inilah pertama kali akak k-poh dengar yg doktor bagitahu...'"""normal""". Akak k-poh paham dan mengerti..yg akak k-poh tidak akan sihat sepenuhnya tapi akak k-poh tetap syukur. Terima kasih kpd doktor dan jururawat.Juga terimakasih kpd suami  tersayang yang sanggup menemani akak k-poh ke hospital sejak 6 tahun dulu...juga kepada anak2 yg paham keadaan mama mereka...Hmmmm...senyum dah tuuuu...juga kepada bloggers yg sedang menatap blog ni..."sayang u all!!!"...

2 comments:

Mia Liana said...

semoga cepat sembuh.... doa dan terus berdoa sambil makan ubat...

kpah k-poh said...

terima kasih mia..