KLIKKLIK

Mungkinkah Batu karang hempedu?

untuk menunggu temujanji dgn doktor pakar di Hospital Seberang Jaya pada 6hb 4 ni..rasanya macam terlalu lama.Ye lah..rasanya sebulan dah...Sakit yg di tahan..kdg2 tak tertanggung..( terpaksalah menelan ubat tahan sakit).Mungkin tidak diketahui orang..sebab sakitnya di dalam... Akak k-poh tidak boleh menjangka apakah jenis sakit yg akak k-poh alami skrg ni..tetapi pakar yg akak k-poh nak jumpa ini..ialah pakar utk penyakit batu karang.Akak k-poh ada rujuk kat internet mengenai simptom2 penyakit batu karang hempedu ini..
http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/batu-karang-hempedu.html
*Rasa senak, rasa mual, angin, kembung perut, sakit di bahagian abdomen.
 *Kesakitan  tiba-tiba, konsisten dan sederhana  menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen.

* Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. 

* rasa sakit  dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan.

*Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya. 

*Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. 

*Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. 

* ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa. 

*Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk. 

*Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan. 

*Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu.

No comments: