KLIKKLIK

ASMA ( PENCEGAHAN )

INFO:
Walaupun ubat memainkan peranan penting dalam pengurusan asma,namun,cara terbaik untuk mengawal asma adalah menerusi pencegahan. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu memastikan persekitaran anak anda bebas daripada perengsa asma. *Sentiasa pastikan rumah bersih daripada habuk atau bulu haiwan peliharaan dengan menvakum permaidani dan tikar di dalam rumah. * Hindarkan hama debu.Cuci cadar dan langsir dengan kerap,rendam dalam air panas terlebih dahulu,sebelum membasuh.Jangan benarkan haiwan peliharaan masuk ke dalam bilik tertentu dan kerap mandikan haiwan peliharaan anda untuk mengurangkan kelemumur. * Jika cuaca atau pencemaran udara boleh mencetuskan asma,maka anda perlu menghadkan anak anda daripada bermain di luar rumah dalam cuaca buruk atau udara tercemar. *Jangan sekali-kali membenarkan sesiapa merokok di dalam rumah anda.Asap rokok memang tidak baik untuk individu normal dan boleh memburukkan gejala asma.Jauhkan anak anda daripada asap rokok di dalam ataupun diluar rumah. kosmo

No comments: