KLIKKLIK

EPAL DAN PEAR HINDARI STROK

Ya,sebiji buah epal atau pear mampu menghindari anda daripada diserang strok.Demikian kesimpulan daripada kajian Belanda yang disiarkan dalam Stroke : Journal of the American Heart Association.Penyelidik mendapati seseorang yang makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan daging putih boleh melindungi daripada strok.Jika kajian-kajian sebelum ini mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran akan merendahkan risiko strok,penyelidik terkini menguji warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjauhkan strok.
Bahagian berwarna buahan-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan kerana mengandungi fitokimia yang berfaedah seperti karatenoid dan flavonoid.Buah-buahan dan sayur-sayuran diklasifikasikan kepada empat kumpulan warna iaitu hijau (sayuran berdaun,kubis dan salad), oren dan kuning (buah-buahan sitrus), merah dan ungu (sayuran dan buah-buahan) dan putih (55 peratus adalah epal dan pear)Pengambilan 25 gram buah-buahan dalam kumpulan warna putih setiap hari mampu menurunkan risiko strok sebanyak sembilan peratus.Epal dan pear tinggi kandungan serat dan flavanoid yang dipanggil kuersetin.Makanan lain yang tergolong dalam buah-buahan putih ialah pisang,bunga kubis,chicory dan timun.  kosmo

No comments: