KLIKKLIK

MALAYSIA PALING RAMAI YG OBESITI

akak k-poh cakap: akak k-poh pernah jugak sampai ke tahap obesiti ini.Selepas pembedahan tyroid,berat badan naik mendadak.Tapi akak k-poh tak putus asa,walaupun akak k-poh tidak mengamalkan diet yg ketat,tapi akak k-poh tetap bersenam ( erobik dan senamtari).Walaupun sekadar untuk menggerakkan badan,tapi sekurang-kurangnya keluar peluh juga.Akak k-poh tidak mengharapkan menjadi kurus tapi cukuplah kalau sihat dan lebih cergas.Sekarang ini,akak k-poh sudah berganjak dari saix XL ke saiz L..ini sudah cukup ,membanggakan. Usaha berterusan..jgn putus asa..jgn ada tekanan semata-mata nak kurus.Jalanilah hidup dgn lebih santai.Lupakan ubat diet atau pil-pil kurus ni..dikhuatiri terdapat kesan sampingan di kemudian hari.

RAMAI rakyat Malaysia mengalami obesiti dan bilangan mereka adalah paling ramai di Asia Tenggara. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

kosmo
   

No comments: