KLIKKLIK

Obesiti | Talian untuk khidmat nasihat

Obesiti | Talian untuk khidmat nasihat | sumber .


       Orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan berpunca daripada obesiti, kini boleh mendapatkan nasihat pakar menerusi talian ”MyWeight MyHealth” kelolaan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presidennya, Datuk Nacy Ho berkata, bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan, orang ramai boleh menelefon talian 1300-800-373, dan khidmat yang diberikan adalah percuma.
Beliau berkata, talian itu diwujudkan khusus bagi orang ramai yang komited dengan penjagaan kesihatan dan berhasrat memiliki berat badan ideal.

Mereka yang menjawab panggilan adalah ahli farmasi terlatih dan dapat memberi panduan serta nasihat berhubung pengambilan ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan pemanggil. — BERNAMA

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal obesiti... sharing is caring :) - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR