KLIKKLIK

TAIROD: Azam Sdn Bhd

Assalam pada tahun 2007 isteri sy juga ada tanda2 tiriod,ada sebesar wisel kat leher,dah sahkan ujian di hospital kerajaan serta tunggu masa untuk membuat pembedahan,tapi perlu tunggu turn dalam jangka masa 6 bulan kerana pihak hospital terpaksa mengutamakan pembedahan pesakit yang kritikal.Tiada pilihan kerana nak cepat terus sahaja bawa ke hospital swasta ,kos pembedahan waktu itu RM3700 dan amik masa 2 hari disana.Sekarang alhamdulilah ia nampaknya sihat sehingga sekarang.

  • Kpah K-poh SharifahNor Alhamdulillah.. Sekarang ni sudah sembuh sepenuhnya yer? Masa tu,masalah tairod tu,hypertairod atau hypotairod atau goiter ( bengkak di leher).?

  • Azam Sdn Bhd bengkak leher.suara jadi garau sikit

  • Kpah K-poh SharifahNor Suara jadi garau tu memang risiko pembedahan tairod. Akak sendiri pun mcm tu jgk ler. Jenis yg bengkak tu...tak de masalah dgn gangguan hormon seperti hyper dan hypo. Jadi tak de lah ubat utk di telan seumur hidup.kan?

  • Azam Sdn Bhd Aah memang tak ada makan ubat pun,tapi doktor gov ada tanya pada wife semasa ceckup kat klinik ibu bersalin.semasa pembedahan tu buang abis ke?wife memang tak tahulah,tp katanya kalau habis buang mungkin kena makan ubat setiap hari

  • Kpah K-poh SharifahNor Akak buang semua...mmg kena telan ubat seumur hidup. Kalau yg jenis bengkak tu..mmg tak de ubat. Kwn akak ada yg mcm wife azam tu... Mmg tak telan ubat juga lepas bedah. Tapi..skrg ni dia dah timbul balik simpton tairod..mcm sakit sendi dan selalu rasa tak sihat. Akak sendiri pun dah kena balik simpton tairod tu.doktor kata lepas 5 tahun, benda ni aktif semula. Dan nak kena bedah kali ke dua..tapi mujurlah tak jadi. Skrg dah normal..tapi ubat mmg kena teruskan seumur hidup.

  • Azam Sdn Bhd Sekarang memang dah ok wife saya,takut juga simptom tu kembali semula.Terima kasih kak sebab adakan group ni ,sekurang-kurangnya dapat berkongsi dan taklah risau sangat

  • Kpah K-poh SharifahNor Tahniah juga kepada Azam kerana bersabar dgn isteri. Almaklumlah... berulang alik ke hospital..dan sebagainya. Boleh jugak kita berkongsi di sini.. Take care.

    P/S: anda pun boleh share dengan kami di grup : TAIROD DAN ANDA

3 comments:

carolineaine said...

Saya ada bengkak di leher. Saya rasa goiter sebab ujian darah saya normal. Saya sangat risau bila melihat leher saya dalam masa sama saya tak de keberanian utk buat pembedahan.

Kpah k-poh Sharifahnor said...

Boleh masuk fb grup TIROID DAN ANDA. Di situ ramai yg sudah buat pembedahan.

mYrA kEnT said...

saya juga menghidap penyakit tiriod nie.. sejak makan ubat bulan 7 2016, bengkak di leher menjadi besar dan badan menjadi krem semasa makan ubat yang doktor bagi tu...tp awal thun 2017 saya stop makan ubat sebab badan jadi sakit2.. tanya doktor kenapa jadi mcm tu..dia ckp terlebih dose n dia kurrang kan..sehingga kini saya dah tak makan ubat..redha je .. pesakit tirod ini boleh hamil ke tidak ye ? boleh bagi tips tak, supaya sihat tanpa ubat ?