KLIKKLIK

TAIROD: RAWATAN MINUM RADIOAKTIF IODIN DAN SUNTIKAN RADIOAKTIF IODIN

Masa kpah mengoogle tentang penyakit TAIROD, kpah ada terjumpa satu blog yang menerangkan tentang RAWATAN MINUM RADIOAKTIF IODIN. Serius, kpah memang tidak mengetahui yang ada rawatan meminum radiokatif iodin kerana rawatan yang kpah pernah jalani ialah SUNTIKAN RADIOAKTIF IODIN.

Rawatan minum radioaktif iodin ini,memang kena minum cecair radioaktif iodin. Minum? Errrr...maksudnya minum dan telan.... Kpah tak dapat nak beri penerangan yang teliti kerana kpah tidak pernah diberi rawatan untuk minum radioaktif iodin ini. Apa yang kpah tahu, pantang larang selepas minum radioaktif iodin ini, agak ketat dari pantang larang selepas suntikan radioaktif iodin.

Untuk rawatan minum radioaktif iodin ini,kena ada prosidur yang perlu dipatuhi sebelum meminum radioaktif iodin. Kpah berharap sangat jika dapat bersoal jawab dengan mereka yang
pernah menjalani rawatan ini,untuk mengetahui sebab apa mereka perlu jalani rawatan minum radioaktif iodin itu.

Bezanya minum radioaktif iodin ini selepas prosidur,mereka tidak segera discan.Wholebody Scan akan dilakukan selang beberapa hari selepas minum Radioaktif. Wholebody Scan hanya untuk pengidap kanssr tairod saja. Pengidap hypertairod tidak perlu lakukan wholebody scan. Sedangkan selepas suntikan radioaktif iodin pula,kpah perlu segera menjalani NUCLEAR SCAN. Itu bezanya minum dan suntikan. Oh yer...suntikan lebih sakit...semasa cecair radioaktif iodin tu di suntikkan ke belakang tapak tangan ianya menyakitkan. ( sekejap jer sakitnya)

Selepas SUNTIKAN RADIOAKTIF IODIN, kpah perlu menjalani NUCLEAR SCAN. Dengan perlu meminum air kosong yang diberikan,kpah menjalani scan selama hampir 2 jam untuk mengenalpasti samaada terdapat sel sel tairod yang masih aktif. Tujuan suntikan iodin tu,sebab sel sel tairod boleh nampak dengan jelas sekiranya menggunakan iodin.

Hasil dari keputusan Nuclear scan kpah tu,memang terdapat sel tairod yang masih aktif dan perlu menjalani pembedahan sekali lagi.

Jadi kepada sesiapa yang dinasihatkan oleh doktor supaya menjalani rawatan iodin ini tak kiralah kaedah MINUM ATAU SUNTIKAN, silalah hadapinya dengan tabah demi kesihatan anda juga.

http://arelongsh.blogspot.com/2011/01/pengalaman-minum-radioaktif-iodin_22.html


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: