KLIKKLIK

DIAGNOSIS DAN KOMPLIKASI TAIROD

Sumber: MWanita

Penyakit tairod lebih banyak dialami oleh wanita. Tairod adalah kelenjar berbentuk seperti rama-rama di hadapan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal kepantasan metabolisma.

DIAGNOSIS:
Jika doktor anda mengesyaki penyakit tairod ujian darah boleh membantu menyediakan jawapannya. Ujian ini mengukur tahap hormon meransang tairod (TSH),sejenis hormon utama yang mengawal kerja kelenjar tairod. Jika TSH adalah tinggi, ia bermakna bahawa fungsi tairod adalah rendah (HYPOTIROID). Jika TSH rendah ia bermakna tairod terlebih aktif (HYPERTIROID). Doktor juga akan turut memeriksa tahap hormon tairod lain dalam darah. Dalam sesetengah kes,kajian pengimejan digunakan dan biopsi diambil bagi menilai keabnormalan tairod.

KOMPLIKASI:
Jika tidak dirawat,HYPOTIROID boleh meningkatkan tahap kolesterol dan membuatkan anda lebih mudah untuk mendapat strok dan serangan jantung. Dalam kes teruk,tahap hormon tairod yang amat rendah boleh mencetus rasa tidak sedar dan kejatuhan suhu badan yang membahayakan nyawa.
HYPERTAIROD tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah jantung yang serius dan tulang rapuh.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: