KLIKKLIK

SIMPTOM anda menghidapi hypertiroidisme:

Mereka yang mengidap hypertairod,selalunya akan mengalami simptom- simptom seperti yang di bawah ini. Mungkin dua atau lebih simptom yang akan di alami oleh seseorang. Jika anda ada mengalami salah satu atau lebih simptom2 ini,eloklah anda segera membuat ujian darah.

(Kpah menulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Jadi akan ada yang tidak sama dengan apa yang anda alami.)


Bengkak di bahagian leher
Perkara pertama yang akan menyebabkan anda di syakki mengidap tairod ialah apabila kelihatan bengkak di leher. Bengkak yang jenis goiter akan membesar dengan cepat. Dengan membiarkan bengkak anda selama 4 ke 6 tahun, akan menyebabkan bengkak penuh pada keseluruhan leher. Selalunya anda akan mengalami kesakitan pada bahagian leher,belakang leher dan bahagian bahu.

Masalah perkumuhan
Jarang berlaku,dan selalu dikaitkan dengan silap makan.Sekiranya menganggu kehidupan anda,maka nasihat doktor amatlah diperlukan.

Degupan jantung laju dan perasaan berdebar
Degupan jantung yang laju dan perasaan berdebar-debar tak kira masa. Selalunya anda akan mengaitkan dengan masalah jantung. Sakit dada yg kuat juga boleh terjadi. Tapi jangan bimbang,bukan masalah sakit jantung tapi tekanan kuat di bahagian dada yg seolah-olah sakit jantung.

Jari-jari tangan terketar
Paling ketara ialah masalah tangan menggigil. Doktor akan lihat pada jari-jari anda,tapi tidak semua pengidap hypertairod yang mengalami masalah ini. Anda juga mungkin sentiasa tidak kuat pegangan tangan. Apa yang anda pegang,mudah terlepas dari tangan. Ini juga akibat perasaan gelisah dan gementar yang anda alami.

Haid tidak teratur dan masalah kesuburan
Berlaku masalah kepada anda,pengidap hypertairod wanita. Ini boleh menyebabkan tahap kesuburan anda menurun. Tapi anda masih boleh mengandung jika anda mendapat rawatan. Kepada yang sudah berumur dan sudah mempunyai anak ramai, doktor sering menasihatkan supaya tidak mengandung lagi sebab tahap tiga bulan yg awal sering menyebabkan anda keguguran.ini adalah kerana hormon hypertairod boleh naik tinggi dan menganggu perkembangan janin dalam kandungan.

Masalah dari segi tumpuan dan ingatan
Sering terjadi,dan seringkali membuatkan pengidap menghadapi masalah untuk mengingat.

Mata menjadi besar (bulging)
Ini berlaku kepada mereka yang mengidap tairod 'mata'. Berusaha lah merawat tairod anda ianya akan membantu mengurangkan masalah bulging.

Mood
Moody..panas baran. Percayalah..semua yang mengidap hypertairod akan mengalaminya. Harus banyak bersabar dan dapatkan rawatan dengan segera.

Kekejangan otot dan sakit pada sendi-sendi
Krem, terjadi terutamanya di waktu malam ketika anda sedang tidur. Bukan semua akan mengalami masalah sakit sendi tapi berkemungkinan anda akan mengalaminya jika lambat dapatkan rawatan.

Oesteoporosis (kereputan tulang)
Jika tidak mendapat rawatan, pasti anda akan mengalami kereputan tulang. Eloklah dapatkan supliment untuk atasi masalah tersebut.

Pengeluaran peluh yang lebih banyak dari biasa
Simptom yang pasti terjadi kepada anda,disebabkan hormon tairod yang tinggi. Ini juga menyebabkan suhu badan naik dan anda jadi tidak tahan panas. Jika org lain panasnya sedikit,anda pula akan rasa panas yang lebih.

Rambut tidak kuat
Biasa terjadi kepada pengidap hypertairod.

Sukar bernafas
Seringkali apabila anda berdebar dan gementar maka anda akan sukar untuk bernafas. Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak mahu bercampur gaul di tempat yang ada ramai orang.

Sukar tidur
Perkara yang dianggap biasa oleh pengidap hypertairod. Apabila anda tidur seolah-olah anda mendengar degup jantung anda sendiri tapi di telinga. Memamg sukar untuk melelapkan mata.

Tekanan darah naik
Tidak semua pengidap akan mengalami masalah darah tinggi. Tapi seringkali darah tinggi ini datang sekali pakej dengan tairod!

Turun berat badan walaupun selera naik
Terutamanya TURUN BERAT BADAN, sangat menyeronokkan kepada mereka yang mengalami masalah berat badan,tapi apakan daya, turunnya berat badan anda membawa petanda bahawa anda sedang mengidap hypertairod.

Antara simptom2 yang anda perlu pantau. Buatlah ujian darah untuk mengesan hormon tairod anda.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: