KLIKKLIK

TAIROD | TERLUPA TELAN UBAT?


Terlupa telan ubat Tairod?
Sebagai manusia biasa,pasti ada yang akan terlupa untuk menelan ubat. Jangan bimbang,kerana tidak merbahaya jika terlepas waktu yang anda biasa untuk menelan ubat. Jika anda terlupa mengambil satu dos,sila ambik sebaik saja anda teringat..tapi mestilah dalam masa 2 atau 3 jam. Jika anda terlepas juga..abaikan saja dos tersebut. Ambil dos ubat pada waktu yang sama,keesokan harinya. Jangan sekali-kali mengambil dua dos untuk menggantikan dos yang tertinggal. Walau bagaimanapun..hendaklah pastikan anda mengambil dos ubat pada waktu yang sama setiap pagi..agar anda tidak terlupa. Kerap terlupa ubat..atau sengaja tidak menelan ubat,akan membuatkan hormon anda terganggu.Tujuan ubat tairod ialah seboleh-bolehnya untuk cuba menstabilkan hormon tairod anda. Telan ubat anda dengan air kosong..bukan dengan air suam..bukan dengan air ais..bukan dengan air manis.

~kpah k-poh~


~ kpah k-poh ~

2 comments:

Unknown said...

kalau bekalan thyroxine habis sebelum tarikh appoiment seterusnya.... adaka thyroxine boleh dibeli di farmasi2 biasa

kpah k-poh Sharifahnor said...

Tidak semua farmasi ada jual thyroxine. Lagipun ia ubat hormon tairod jadi dos ubat ditentukan oleh ujian darah. Boleh segera ke hospital utk sambung bekalan... Tak perlu tunggu sehingga apoiment seterusnya. Jom masuk grup TAIROD DAN ANDA.