KLIKKLIK

TAIROD | RAWATAN RADIOAKTIF IODIN | RAI

Rawatan radioaktif iodin adalah satu prosidur yang diberikan kepada pengidap Hypertairod dan pengidap Kanser Tairod .
Bagi pengidap hypertairod yang hormonnya terlalu tinggi- ubat juga tidak berjaya turunkan paras hormon, maka anda ada potensi utk ambil RAI.
Pengidap Kanser Tairod sudah semestinya wajib untuk ambil RAI. Bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser agar tidak merebak ke organ lain dalam badan.

(Arahan 'pantang' bergantung kepada hospital dimana anda akan buat RAI).

Sebelum rawatan:
-Elakkan makanan laut seperti ikan, udang,sotong,ketam dan kerang.
-berhenti ubat tairod (carbimazole/camazole/prophylthiouracil-PTU, Thyroxine)
-berhenti makanan beriodin tinggi seperti gamat,spirulina dan multivitamin atau garam beriodin tinggi.
-tiada penggunaan "radiographic contrast agents" (intravena atau intrathecal)
-puasa 2 jam sebelum rawatan dan 1 jam selepas rawatan

Selepas rawatan:
-elakkan menaiki kenderaan awam: teksi,bas,keretapi 10jam selepas rawatan iodin. ( bergantung kpd dos)
-elakkan menaiki kenderaan persendirian bersama orang lain selama 6 jam.
-elakkan berada berdekatan orang awam (kurang 1 meter)
-elakkan berada berdekatan wanita mengandung/kanak-kanak/mendukung bayi.
-guna cadar,alas bantal,selimut yang berasingan dan cuci secara berasingan.
-guna pinggan mangkuk berasingan ketika makan dan tidak berkongsi ketika makan
-tidur berasingan
-minum air banyak dan selalu buang air
-basuh tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas dan tarik "flush"tandas sebanyak 2x sekurang-kurangnya.

-jika anda menyusukan anak,anda diminta menghentikan penyusuan.
-jangkmasa bagi pesakit wanita / isteri pesakit lelaki boleh mengandung selepas rawatan adalah atas nasihat doktor.
-boleh mula ubat antitairod (carbimazole/carmazole/ptu,Thyroxine) adalah atas arahan doktor.

Sekiranya anda mengalami masalah-masalah berikut:
-rasa berdebar yang terlalu kuat
-sakit di bahagian kalenjar tairod
Sila hubungi doktor atau pergi ke hospital yang terdekat.

Sumber:
Jabatan Perubatan Nuklear,
Hospital Pulau Pinang.


~ kpah k-poh ~

No comments: