KLIKKLIK

PARATIROID | KILANG KALSIUM | THYROID

Sewaktu pembedahan membuang Kalenjar Tairod , risiko Paratiroid (kilang kalsium) ikut terbuang sama adalah sangat tinggi. Saiz sebesar kacang peas dan berada di belakang Kalenjar Tairod. Dua biji sebelah kiri Kalenjar Tairod dan dua biji lagi sebelah kanan Kalenjar Tairod. Kehilangan Paratiroid,boleh membuatkan kita kehilangan kilang kalsium yang menyebabkan kita tidak cukup bekalan kalsium dalam badan.

Jom kita baca apa yang di tulis oleh Dr. Hafiz di Blog beliau.

Dr. Muhammad Hafiz Sulaiman
www.doktorperubatan.blogspot.my

antara faktor kenapa perlu makan pil kalsium ialah, sewaktu pembedahan kelenjar tiroid, kelenjar PARATIROID juga turut dibuang oleh pakar bedah. walaupun ia boleh dielakkan, namun adalah sukar untuk elakkan dari memotong kelenjar PARATIROID.

oleh sebab kelenjar paratiroid berfungsi mengekalkan paras kalsium dalam darah, individu yang kehilangan kelenjar ini perlu dapatkan kalsium dari luar. Jadi besar kemungkinan anda perlu makan pil tersebut seumur hidup atau mendapatkan rawatan gantian hormon.

Cuba ketuk bahagian bawah tepi mata (lebih kurang 4 cm dari mata)menggunakan hujung jari, jika muka menghasilkan reflex maka anda sememangnya kekurangan kalsium walaupun setelah memakan pil (aktiviti mengetuk ini dinamakan -chvostek sign).

Jadi kemungkinan keberkesanan pil boleh dipertikaikan. Ini mungkin terjadi kerana pil tersebut mungkin kurang diserap
dalam badan (akibat kurang paratiroid dan vitamin D dll) jadi anda perlu berbincang dengan doktor cara lain memasukkan kalsium dalam darah anda / menggunakan pil yang lain.



~ kpah k-poh ~

No comments: