KLIKKLIK

KISAH AKU DAN KANSER THYROID ( Part 1 ) | TAIROD DAN ANDA

Sumber : FB. ~Syed Fadhil Cherita Pictures~ ( dgn izin )

Kisah pengidap kanser tairod yg juga merupakan rakan FB Grup TAIROD DAN ANDA . Semuga menjadi panduan dan iktibar kepada pembaca / pengidap tairod . Yang mana masih lagi menyimpan bengkak leher tu, fikir-fikirkanlah.



Salam,

Ramai yang tanya berkenaan apa yang aku hadapi ni, banyak soalan seperti "bila dapat tahu" , "apa simptom" , "sakit macam mana" etc etc. So kali ni aku nak cerita chronological order dan insyaAllah cuba menjawab soalan2 yang sering ditanya.

2 tahun lepas, aku main aktiviti lasak 'paintball'. Walaupun dah cukup dengan segala protective equipment, kecederaan pasti berlaku. Aku kena satu das tembakan di bahagian leher sebelah kanan. Yup, itu sakit, memang sakit. Balik tengok bengkak dan kebiruan. Aku biarkan sahaja tanpa jumpa doktor. Biru tu dah surut, tapi bengkak tak surut-surut. Tapi takde sebarang kesakitan mahupun kesukaran melaksanakan tugasan harian. So aku biarkan dia selama 2 tahun....

Kemudian pada hari adik aku nikah, 29/11/2015 kebetulan jiran aku kat kampung merupakan seorang Doktor. Doktor Salimah nama dia. Aku pun saje je lah tanya dia berkenaan bengkak kat leher aku ni. Pasal sebulan sebelum ni aku ada demam, bengkak tu membesar bila aku demam dan batuk. Terus doktor salimah kata, saya akan issue awak referral letter ke Hospital Ampang. Pasal kat Hospital Ampang ada kawan dia. So aku pun menurut perintah lah, kalau tak pasal dia insist aku pergi check memang tak la aku nak pergi.

Referral letter pun siap, aku punya appointment kat Hospital Ampang 5/1/2016 .

Selasa - 5/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Pergi check up, doktor suspek TIBI. Dia tanya la aku ade kawan atau banyak jumpa foreigner ke tak. Aku cakap takde, dia picit sana, picit sini. Masuk kamera ikut lubang hidung, dia kata tekak aku normal. So dia suruh aku ambik sample darah, kemudian ambil sample kelenjar kat bahagian bengkak tu. owh, since aku suspek TIBI, aku kena pergi hantar sample kahak setiap hari selama 3 hari berturut-turut ke Hospital Ampang. Juga buat Mantoux Test untuk kesan TIBI.

Jumaat - 8/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Hantar sample kahak yang terakhir dan Nurse review result Mantoux Test. Negative ! yay !

Isnin - 11/1/2016 - Rumah

Tengah santai-santai lepas letih balik dari Temasik sempena adik aku kawin weekend tu, Doktor dari Hospital Ampang call, bagitahu result sample kelenjar yang diorg ambik dah ada dan minta aku datang ke Hospital Ampang esok. Aku pun terkejut juga, pasal haritu doktor tu bagi next appointment untuk review result tu 21hb 1. Aku pun kata ok lah.

Selasa - 12/1/2016 - Hospital Ampang, ENT Clinic

Dengan sabar aku tunggu turn untuk jumpa Doktor, rasa berdebar tak payah cakap la, tapi takde terdetik langsung pasal kanser. Sampai turn aku, so aku masuk la bilik doktor untuk consultation. Doktor bagitahu Alhamdulillah, result TIBI awak negative. Tapi....

Dalam kelenjar yang kami keluarkan tu, ada sel KANSER.....

Dengar kanser je aku rasa mcm keluar tone bila orang cancel call kita tu. ttteeeeettttttttt........ Semua benda lain mcm tak jelas je doktor cakap. Aku tarik nafas dalam-dalam, istigfar... Doktor pun cakap bawa bertabah, kita masih akan review lagi kes awak ni, ni tak final lagi. Masih banyak test nak kena buat. Aku pun akur lah dengan cakap doktor, sambil tu doktor ada cakap la ape akan jadi semua.

So aku mintak doktor untuk tukarkan aku ke Hospital Putrajaya. Pasal lagi dekat dan ada Institute Kanser Negara sebelah dia. Dan aku pernah dengar HPJ punyai Endokrin Specialist terbaik di Malaysia. So aku di refer ke HPJ dapat surat semua lah macam biasa.

Selanjut nya dalam entry selepas ini...

Copy paste oleh ~kpah k-poh ~

No comments: