KLIKKLIK

KISAH AKU DAN KANSER THYROID (part 3) | TAIROD DAN ANDA

Sumber : FB ~ Syed Fadhil Cherita Pictures~ ( dgn izin )

Bahagian yang terakhir. Semuga penulis kisah ini akan konsisten membuat rawatannya, sehinggalah clear kansernya. InsyaAllah ...



Alhamdulillah, keputusan CT scan menunjukkan secara kasarnya tiada ketumbuhan yang merebak ke organ lain. phewwwwwwwwww ! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

Rabu 27/1/2016 - Hospital Putrajaya Wad Surgeri 3A

Mula warded. Kena masuk pagi, pasal takut wad penuh. Bosan dia tak payah cakap la since takde buat apa2 dan aku takde rasa sakit apa2. So kerja aku memang merayap dalam hospital je lah... Doktor nak masuk IV line terus, aku cakap malam nanti lah masuk. Nasib baik doktor ok. hehehehhe . Doktor pakar bius datang melawat. Cakap mula pukul 12 malam kena puasa, pasal esok nak operate dalam tengahari. Dia interview la aku tanya macam soalan berkaitan kesihatan aku.

Petang keluarga datang melawat, jumpa Aufa peluk puas2, gomol puas2 pasal aku tak tau esok macam mana...

Khamis 28/1/2016 - Hospital Putrajaya Wad Surgeri 3A

Nurse datang melawat pagi2, tiba2 bawak baju salin untuk masuk Operation Theatre. Tiba2 aku punya operation bring forward ke pukul 8 pagi. Salin baju, n nurse bagi telan ubat mende ntah. Sampai ke OT, tiba2 kepala rasa berat, mata makin kabur, aku suspek nurse ni dah bagi aku dadah mende ntah untuk menye-stone-kan aku. Tau2 ada orang pasang oxygen mask... aku pun dibuai mimpi.....

Tersedar, tak pasti pukul berapa... yang aku ingat kena sedut cecair dalam tekak sendiri guna mesin ada orang ajar, tak tau doktor atau nurse... pengsan balik...

Tersedar betul2, dah kat dalam wad, Alhamdulillah isteri aku ada setia menemani aku sampai aku sedar. Parents aku pun ada, in-law pun ada. Sedar2 terus nak muntah dan lapar gile ! sakit tak payah cerita la. Leher rasa pedih, tekak rasa ketat nak menelan dan ada 2 lubang pada atas dada aku untuk sedut bendalir dan darah dari pembedahan. Aku mula minum air. Nikmat gila dapat minum air time ni.

So mula lah aktiviti lepak tahan sakit, tengkuk tak boleh pusing dan sentiasa on pain killer. Rutin harian aku sampai discaj benda yang sama iaitu TLDM (Tidur, Lepak Dan Makan) dan juga menerima pelawat.

Terima Kasih pada mereka yang datang melawat. It does make me feel better. Thank you so much !

Antara problem selepas pembedahan yang dah dijangka ialah kadar kalsium dalam darah aku jadi rendah. Mungkin masa pembedahan, kelenjar Parathyroid yg mengawal kalsium affected masa surgery. Mungkin doktor terbuang atau temporary disabled pasal bengkak pada kawasan sekitar tu. So aku hari2 kena ambik darah. untuk monitor kalsium level. Hari2 makan suppliment calcium.

Hari ke 4 lepas surgery, tabung yang untuk sedut darah kotor dah boleh bukak. yay dah boleh mandi ! 4 hari tak mandi kau, cuma lap2 badan je... Biasanya bila dah bukak tabung ni dah bole discaj, tapi disebabkan kalsium level aku masih rendah, so kena la tahan dulu. :(

Selasa - 2/2/2016 - Discaj
Finally lepas 7 hari kat hospital, hari2 kena cucuk ambik darah aku dah boleh keluar. Cuma pada bekas pembedahan ada infection. So doktor bagi antibiotik untuk bengkak tu. So dah boleh balik. So aku balik rumah terus. yay.

##################################################

So, lepas ni ?

Bulan 4 insyaAllah aku akan undergo RadioActive Iodine (RAI) therapy di Institut Kanser Negara. RAI ni bertujuan untuk mengesan saki baki sel-sel kanser yang mungkin ada dan juga untuk membunuh saki baki sel-sel kanser yang masih ada dalam badan ni untuk menghalang ianya merebak ke tempat lain pula. Nauzubillah.

Alhamdulillah jenis kanser ni tak seserius macam kanser yang lain. Kanser ni hanya effect pada kelenjar thyroid sahaja dan rawatan dia ialah dengan membuang terus kelenjar thyroid. Dan pesakit akan perlu bergantung pada pil hormon thyroid seumur hidup.

Allah tak jadikan sesuatu penyakit tanpa penawar. Cuma Allah belum bukakan lagi akal manusia untuk temui penawar bagi penyakit yg belum ada penawar.

So aku takda la down sangat knowing aku ada kanser. Pasal kanser jenis ni boleh ditangani. Dan yang peliknya, kanser aku ni biasanya ada pada wanita sahaja. Mungkin hormon estrogen aku tinggi. Mujur tak jadi pondan. hrmmmm.... :P

So nasihat aku pada semua, kalau korang perasan ada bengkak yang pelik2, silalah pergi check....

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa suppport aku untuk go thru semua ni, my wife, my family, my friends. Dan mereka di Facebook group Tairod dan Anda (kak pah terutamanya) yang banyak berkongsi pengalaman dan ilmu, terima kasih yang tak terhingga.

And tak lupa kepada Dr Salimah, Dr Azirah (Hospital Ampang), Dr Suraya & Dr Goh (Hospital Putrajaya), Doktor dan Nurse di klinik surgeri HPJ dan wad 3A HPJ. Anda semua memang terbaik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Kalau rasa artikel ni berfaedah, silalah share, biar orang tahu jangan abaikan sebarang perubahan pada badan. Pelik sikit pergilah check.

Dan silalah ambil insurans. Aku bukan nak promote insurance mana2. Do your own research which is best for you.

Sekian, Wassalam.... :)

Saya Syed Fadhil ,
Co-Founder at PhotoFavor .

I am still fighting my cancer. InsyaAllah.

Copy paste ~kpah k-poh ~

No comments: