KLIKKLIK

TAIROD | PENYAKIT TIROID/ THYROID/TAIROD | YANG PELBAGAI




PENYAKIT TIROID YANG PELBAGAI

Pada umumnya, penyakit tiroid boleh dikategorikan kepada:

1. Masalah struktur (bengkak atau goiter atau beguk, biji atau nodule)
2. Masalah fungsi (hormon terlalu tinggi - hipertiroidisma, hormon terlalu rendah - hipotiroidisma)
3. Kanser tiroid

Sesetengah pesakit adakalanya mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang dinyatakan diatas. Contohnya pesakit Hashimoto's tiroiditis mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid dan hipotiroidisma, manakala pesakit multinodular goiter kebanyakannya tidak mempunyai sebarang masalah hormon.

Kanser tiroid terutamanya jenis kanser tiroid papilari (papillary thyroid cancer) merupakan jenis kanser paling selalu ditemui dan (Alhamdulillah)... Adalah kanser yang mudah dirawat... Survival rate mencapai 99% (maksudnya, kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia berbanding kanser2 lain)

Sesetengah penyakit tiroid adalah penyakit keturunan. Jadi galakkan ahli keluarga pengidap penyakit tiroid membuat pemeriksaan

Sekadar perkongsian ringkas, semoga bermanfaat

Dr Arif Shahar
Pakar Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

~ kpah k-poh ~

No comments: