KLIKKLIK

PENGALAMAN THYROID STORM | TIROID DAN ADA

Sumber : rakan-rakan Fb Grup : TIROID DAN ANDA

"tiroid tu yg tangan menggeletar ke? mohon pencerahan sahabat2 sekalian..."

-Saya kelmarin masa baru masuk ward mula2 saya diletak di ward pemerhatian hospital ampang, lepas tu diorg tarik masuk kecemasan zon merah zom kritikal sbb masa tu mcm dah xsedarkan diri dah menangis menangis lepas tu saya terdengar doc sesama doc discuss nak masukkan saya ke icu. Saya terus sound diorg saya xnak...ok...kerana saya xnak saya dipaksa makan hampir 20 biji tablet untuk merendahkan denyutan nadi saya yg terlampau laju tu akhirnya xjadi ke icu dan saya masuk ke ward biasa.

-Sy skrg dlm ward baru kene thyroid, ye..tangan saya menggeletar. Doctor suruh saya angkat tangan dia nak tengok ketar teruk atau tak. Tangan saya ketar teruk sangat.ya betul tu lah salah satu simptom nye. Lepas tu selalu rasa gementar, cepat naik angin, emosional, selalu cirit birit

-Bila degupan jantung terlalu laju apa akan jadi? Xsilap saya dia akan penat dan akhirnya berhenti berdenyut

-Sama lah mcm saya kadang2 ok.. Kadang2 kuat and laju sangat. Bila saya kat hospital dan makan ubat thyroid ni baru saya tahu apa maksud dia denyutan jantung xlaju. Xlaju maksudnya kita xdengar dan xrasa denyutan tu. Perasaan dia tenang je bila kita letak tangan kat dada baru kita rasa denyutan tu

-Sama dengan saya semalam bila saya borak dengan doc mintak sikit pengetahuan pasal thyroid ni doc kata dia akan effect samada tangan atau kaki. Mcm awak kat tangan mcm saya kaki. Naik tangga pun xlarat. Kalau pi hospital nanti 1st sekali diorg akan baringkan awk atas katil pesakit dan pantau kiraan denyutan nadi. Kalau dia check semuanya confirm thyroid, awk akan start di beri ubat thyroid la. Lepas tu dia akan examine awk suruh angkat tangan diorg nak tgok ketar ke x suruh angkat kaki lepas tu dia akan pegang pen letak depan muka bila dia gerakkan pen tu dia nk awk tgok nampak berapa pen tu. Saya nampak 2 . Padahal pen tu satu je. Mcm2 lg lah dia akan test awk nanti.



~ kpah k-poh ~

No comments: