KLIKKLIK

TIROID | POTASSIUM | ANGINA | KEGAGALAN JANTUNG | TIROID DAN ANDA

Sumber FB Grup TIROID DAN ANDA :

Sy dpt kesan hyperthyroidism ni setelah sy sakit dgn berat badan turun, jantung berdebar, tangan menggigil, badan lemah, cepat marah2..sy jadi paralysed dan dipapah isteri terus ke emergency Hospital Tuanku Bainun Ipoh.

Doktor yg merawat memberikan rawatan kecemasan kpd sy sbb kadar potassium sgt kritikal dan jantung sy pun dlm keadaan kritikal.

MA kata mujur sy cepat buat rawatan dan jika terlewat berkemungkinan sy dah innalillah..admitted ward seminggu dan discharged.

Selang hampir dua minggu admitted semula kena serangan lagi..itu sy mkn ubat iaitu carbimazole, propanolol, aspirin, lavistatin dan byk lagi ubat. Ini kejadian pada tahun 2011.

Slps itu sy sentiasa buat follow up. Tahun 2013 sy kena tukar bertugas ke utara. Doktor stop kan ubat carbimazole.

Tahun 2015 dlm bulan Mei dikesan bacaan TFT sy naik semula dan sy kena mkn semula ubat carbimazole.

Masa tahun 2011 tu sy dikesan juga unstable angina. 1hb September 2015 sy dirujuk ke Hospital Pulau Pinang di Jabatan Nuklear utk menjalani RAI.

Slps RAI kena kuarantin di rumah. Tempoh kuarantin ni adalah satu tempoh yg menyiksakan jiwa.

Bulan November 2015 sy admitted ward sbb kaki, tangan dan muka bengkak. Setelah jalani prosidur rawatan dikesan sy jadi heart failure. Semua adalah berpunca dari thyroid sy ini.

Last week buat follow up doktor kata hati sy pula ada mcm selaput kuning dan doktor nak pantau dahulu keadaannya. Skrg sy mkn ubat thyroxine selain dari lovastatin dan aspirin. Doktor kata keadaan sy lebih baik jadikan sy hypothyroidism daripada hyperthyroidism sbb keadaan jantung sy ini..


~ kpah k-poh ~

No comments: