KLIKKLIK

GARIS PANDUAN UNTUK PESAKIT MENERIMA RAWATAN RADIOIODINE 1-131 | TIROID DAN ANDA


Garis Panduan untuk Pesakit Menerima Rawatan Radioiodine 1-131

Apakah itu Rai ( Radioiodine)?
Rai ( Radioiodine) merupakan satu kaedah rawatan yang telah digunakan sekian lama untuk rawatan penyakit Tiroid . Ia selamat dan berkesan tetapi memerlukan anda mengambil beberapa langkah berjaga-jaga supaya orang lain yang berada di persekitaran anda tidak menerima dedahan kecil radiasi dari badan serta cecair badan anda.

Berapa lama Radioiodine akan berada di dalam badan anda?
Radioiodine kekal di dalam badan untuk jangka masa yang singkat. Kebanyakan Radioiodine yang tidak pergi ke tisu Tiroid akan disingkirkan dari badan anda beberapa hari pertama selepas rawatan. Radioiodine disingkirkan melalui kencing, tetapi terdapat juga dalam jumlah yang kecil pada air liur,peluh dan najis. Anda boleh bertanya kepada doktor untuk maklumat lanjut. Banyak maklumat berkaitan juga boleh diperolehi di internet seperti www.snm.org

Bagaimana anda boleh mengurangkan dedahan radiasi kepada orang lain?
Dedahan radiasi kepada orang lain boleh dikurangkan dengan mengekalkan jarak yang munasabah di antara anda dengan orang lain. Serta singkatkan masa pertemuan di antara anda dengan orang lain. Doktor akan menyemak semula arahan yang diberikan dengan anda dan menjawab kesemua soalan anda, ia penting untuk memberitahu doktor jika anda tidak boleh mengikuti semua arahan yang diberikan.

Arahan ini diguna pakai jika anda pulang ke rumah dengan menggunakan pengangkutan sendiri selepas menerima rawatan. Anda haruslah bertanyakan kepada doktor untuk arahan tambahan sekiranya anda bercadang untuk pulang dengan menggunakan pengangkutan awam atau memginap di hotel atau mana-mana tempat awam yang lain.

8 Jam yang pertama:
- Minum segelas air kosong pada setiap jam dan gunakan tandas sekerap yang mungkin jika anda perlu mengosongkan pundi kencing anda. Bagi lelaki,anda perlu duduk ketika membuang air kecil untuk mengurangkan percikan. Gunakan tisu tandas untuk mengelap sebarang urea yang terpercik pada mangkuk tandas dan pam tandas sebanyak dua kali. Basuh tangan anda dan bilas di singki.

- Kekalkan jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter. Jika boleh,anda perlu memandu pulang ke rumah sendirian. Jika anda tidak boleh memandu secara bersendirian, anda perlu memilih tempat duduk yang boleh menjarakkan anda dengan penumoang yang lain sejarak yang mungkin. Anda TIDAK digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Dua hari yang pertama:
- Jangan berkongsi cawan, gelas, pinggan atau peralatan makanan yang lain. Basuh peralatan dengan bersih selepas menggunakannya. Orang lain boleh menggunakan peralatan tersebut selepas ia dibasuh.

- Jangan berkongsi tuala dan basuhan pakaian.

- Pam tandas sebanyak dua kali dan bilas singki dan tab mandi selepas digunakan.

- Basuh tuala, cadar, seluar dalam dan mana-mana pakaian anda sekiranya terkena urea atau berpeluh.

Minggu Pertama:
- Perancangan perlu dilakukan dengan orang lain untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak.

- Tidur bersendirian selama 7 hari kecuali mendapat arahan sebaliknya dari doktor anda.

- Elakkan dari bercium dan sentuhan fizikal dengan orang lain, dan kekalkan jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter dengan wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

- Elakkan sebarang aktiviti yang memungkinkan anda berada berdekatan dgan orang lain lebih dari 5 minit . Sebagai contoh ,menonton wayang,acara sukan dan pengangkutan awam.

Maklumat Tambahan Untuk Wanita Yang Menyusukan Anak :
Penyusuan hendaklah diberhentikan sebelum anda menerima rawatan Radioiodine. Jika boleh,penyusuan hendaklah diberhentikan pada 6 minggu sebelum rawatan. Anda haruslah tidak menyambung semula penyusuan selepas menerima Radioiodine . Tetapi anda boleh menyusukan bayi yang mungkin anda peroleh pada masa akan datang dengan selamat. Kegagalan mengikut garis panduan yang diberikan akan menyebabkan kerosakan kekal Kalenjar tiroid bayi atau kanak-kanak tersebut.

Kehamilan:
Rawatan Radioiodine tidak seharusnya diberikan semasa kehamilan. Beritahu doktor sekiranya anda hamil atau disyaki hamil. Jika anda merancang untuk hamil,anda perlu menunggu sekurang-kurangnya selama 6 bulan selepas rawatan bagi memastikan Hormon Tiroid anda berada di paras normal dan anda tidak memerlukan sebarang rawatan tambahan. Dapatkan nasihat dari doktor.

Perkara Lain Yang Anda Perlu Tahu Sewaktu Minggu Pertama Selepas Rawatan:
Jumlah radiasi yang kecil dari badan anda boleh mencetuskan pemantau radiasi di lapangan terbang sempadan,bangunan pentadbiran kerajaan,hospital dan kawasan pelupusan sisa dalam tempuh 3 bulan selepas rawatan. Tanya pada doktor untuk khidmat nasihat jika anda akan berada di kawasan tersebut. Doktor akan berikan surat untuk menerangkan rawatan perubatan anda jika anda tidak boleh elakkan kawasan tersebut.

Item yang banyak berlumuran dengan air kencing, air liur, rembesan hidung,peluh atau darah boleh mencetuskan penggera di tapak pelupusan sisa buangan . Tanya doktor untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk melupuskan barang-barang ini dengan selamat.

- sumber : risalah hospital .


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: