KLIKKLIK

Fisiologi dan Patofisiologi Tiroid | Sumber FB TheDiagnosa. | TIROID DAN ANDA (ORI)


Fisiologi dan Patofisiologi Tiroid.

Penghasilan hormon thyroxine dipengaruhi oleh satu hormon lain yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid (Thyroid stimulating hormone - TSH). Hormon perangsang ini dihasilkan oleh satu struktur di bahagian otak yang dikenali sebagai kalenjar pituitari.

Hormon perangsang ini akan menyebabkan satu reaksi berlaku pada sel tiroid dan ia akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine. Oleh itu jika hormon perangsang itu dihasilkan secara berlebihan, ia juga akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine yang berlebihan.

Tetapi badan kita mempunyai satu mekanisma untuk menghalang penghasilan hormon perangsang secara berlebihan. Iaitu ketika mana hormon thyroxine menjadi tinggi, ia akan dikesan oleh kalenjar pituitari.

Kalenjar pituitari sendiri akan mengurangkan penghasilan hormon perangsang tiroid jesteru mengurangkan penghasilan hormon thyroxine.
Mekanisma ini akan mengelakkan seseorang itu mempunyai hormon tiroid yang tinggi. Kecuali jika ia mempunyai masalah yang lain.

Seperti yang telah diterangkan di atas bahawa terdapat satu mekanisma yang mengawal penghasilan hormon thyroxine supaya ia tidak dihasilkan secara berlebihan.

Tetapi terdapat keadaan di mana mekanisma itu dikacau oleh faktor luar. Sebagai contoh dalam penyakit Graves(graves disease), multinodular goiter, pituitary adenoma dan sebagainya.


Sumber TheDiagnosa.

~ Kpah k-poh ~

No comments: