KLIKKLIK

DARAH TINGGI | DOC. HANA HADZRAMI

Panduan untuk diri sendiri yg menjadi pengidap darah tinggi sejak 2009

DARAH TINGGI

Ada seorang kenalan yang menghidapi darah tinggi pernah memberitahu saya yang dia hanya mengambil ubat apabila perlu saja. Iaitu apabila dia berasa sakit kepala. Padanya darah tinggi hanya berbahaya apabila ada tanda.

Ramai pesakit darah tinggi tak ambil ubat secara berkala kerana mereka berasa sihat. Ia berbahaya kerana penyakit ini adalah pembunuh senyap. Anda takkan berasa apa-apa hinggalah mendapat serangan jantung ataupun stroke secara tiba-tiba.

Salur darah yang sihat adalah lembut, licin dan fleksibel. Penyakit darah tinggi akan memberi tekanan kepada dinding salur darah menyebabkan ia mulai berlekuk-lekuk dan tidak licin lagi. Ini menyebabkan kalsium dan lemak mudah tersangkut dan membentuk plak dalam salur darah dan menyumbang kepada pembentukan atherosklerosis.

Plak ini bukan saja menyebabkan salur darah menjadi keras, malah menyempitkan lumen salur darah. Ini mengakibatkan tisu dan organ kurang mendapat aliran darah dan oksigen yang mencukupi; seterusnya menyebabkan kegagalan organ dalaman tubuh.

Dinding salur darah juga boleh menipis dan menggelembung akibat tekanan yang tinggi menjadi aneurysm. Aneurysm adalah seperti bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Kesemua ini terjadi tanpa anda sedar. Tekanan darah melambung hingga 170-200 pun ada pesakit yang tak rasa apa-apa. Tahu-tahu dah pengsan.

Apa akibat jika penyakit darah tinggi dibiarkan?
🔹Serangan jantung akibat pengumpulan plak di salur koronari jantung
🔹Lemah jantung kerana otot jantung bekerja kuat mengatasi tekanan darah yang tinggi
🔹Kerosakan buah pinggang
🔹Stroke akibat salur darah pecah, ataupun stroke akibat salur darah tersumbat.
🔹Mata menjadi rabun akibat kerosakan retina

Siapakah yang berisiko mendapat darah tinggi?
🔹Faktor usia
🔹Keturunan
🔹Obesiti
🔹Merokok
🔹Aktiviti fizikal yang kurang
🔹Stress
🔹Pengambilan alkohol

Kini semakin ramai belia yang mendapat darah tinggi pada usia muda. Mereka lebih susah mendapat kesedaran berbanding orang berumur. Makan ubat pun tak mahu sebab luaran berasa kuat dan sihat; padahal dalaman dah haru biru.

Bayangkan mendapat stroke atau sakit buah pinggang pada umur 30an dan terlantar hingga usia 60? Siapa yang kita susahkan nanti?

Buatlah pilihan yang bijak.

.
.

Hana Hadzrami
Terima sajalah kenyataan ada penyakit, barulah boleh mula berubat dan usahakan cara hidup sihat.


~ Kpah k-poh ~

No comments: