KLIKKLIK

MENGANDUNG | PENGIDAP TIROID | TIROID DAN ANDA(ORI)

#gengtiroid 


MENGANDUNG 


Sumber :

-Pakar O&G dan MFM

(maaf terlupa nak catat nama) 


SECARA UMUM, pesakit hyperthyroid perlu untuk paras hormon thyroid dikawal. Tidak ada had masa.... bukan 6 bulan, setahun atau 2 tahun. Ia bergantung kepada betapa cepatnya paras hormon puan boleh di'normal'kan. Ada yang cepat, ada yang mengambil masa.


Jadi nasihat saya, dari memfokus kepada 'bila saya boleh mengandung', lebih baik puan fokus dulu pada 'saya nak paras hormon saya normal'. Makanlah ubat mengikut nasihat doktor anda. Jika dia suruh tambah ubat, sila tambah. Jika dia suruh tukar ubat sila tukar. Jangan tinggal ubat doktor dan guna rawatan alternatif/supplemen.


Hanya apabila paras thyroid puan normal, barulah rancang untuk mengandung.


Ingat. Ibu haruslah sihat, untuk bayinya sihat. Tidak guna jika ibu tidak sihat tetapi mengandung. Kemudiannya gugur pula.


Semoga puan bersabar. Inshaallah rezeki itu akan ada.


PS. Carbimazole boleh diambil sewaktu mengandung TETAPI atas nasihat PAKAR sahaja. (Bukan absolute contraindication)


#tiroiddananda

Fb Grup Tiroid dan anda (ori) 

No comments: