KLIKKLIK

Selepas operation Tiroid | TIROID DAN ANDA(ORI)

#gengtiroid 


Selepas operation akan rasa sakit (bukanlah sakit mcm nak beranak tapi ada rasa perit dalam tekak  bila menelan) sebab semasa operation, tiub pernafasan dimasukkan ke dalam salur pernafasan. 


Nak hilangkan perit tekak tu, Bolehlah ambik ais kerim vanilla atau yogurt. Jangan pulak ambik ais kerim yg bercoklat (rasa panas dlm tekak nanti). Ais kerim berkacang pun jangan ambik (batuk nanti terbukak gam kat luka tu..#padanmuka) 


Nanti akan ada rasa sakit / lenguh tengkuk pulak. Maklumlah.. Masa operation tu, kita kena mendongak kaw2 punya. Katalah 4 jam mendongak, mau tak cramp tengkuk. 


Bolehlah nak sapu minyak angin ke minyak panas atau minyak urut. Minyak wangi tak boleh laa.. Atau basahkan tuala dgn air sejuk / ais dan letak kat tengkuk tu. Dan satu lagi, boleh jugak guna bantal berbentuk U semasa nak tidur utk elakkan jari jemari tu menggaru pada luka operation. Boleh tidur dengan bantal tinggi jugak jika itu lebih selesa. 

Ada senaman utk leher yang nak kena buat. Pandang kiri.. Pandang kanan.. Atas dan bawah.. Janganlah beria sangat.. Slow2lah yer.. Kalau tak buat senaman leher ni.. Risau pulak kalau jammed leher tu.. Tak boleh gerak pulak.. Kes naya. Senaman leher jugak, utk melancarkan perjalanan darah ke tempat luka agar luka dalaman tu cepat sembuh. 


Ok lah kot #tuantanah malas nak membebel 😅😅

No comments: