KLIKKLIK

RAI | NUCLEAR | TIROID

Sumber : SharkyLemon 
Fb grup Tiroid dan anda (ori) 

Ramai yang tanya aku, Nuclear tu tempat apa?

Aku pendekkan cerita ye...

Well, aku kerja kat Jabatan Perubatan Nuklear HKL..

SECARA RINGKASNYA ::

Tempat untuk pesakit Thyroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer..
Thyroid ada dua ::
πŸ”Ό Hypothyroidism
πŸ”Ό Hyperthyroidism

Amende tu??? Alaaaa...cari gali sendiri la.. πŸ˜…

Radioactive Iodine Therapy ni salah satu treatment yang agak important jugak la, bertujuan untuk menghapuskan thyroid cells yang bermaharajalela di thyroid gland. 

Mana² pesakit yang admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang minum iodine pada dos yang tinggi.. yang kena minum setakat 50mci or 80mci kebawah, just minum kat klinik je..tapi kena ikut pantang larang. 

Radioactive Iodine (RAI) Therapy ni ada radiasi.. nama pun radioactive kan πŸ˜…πŸ˜….. So ada pantang larang sebelum dan selepas minum..

Pesakit yang minum dos melebihi 80mci kena kuarantin dalam wad sekurangnya 8hari atau seminggu.. 

Pantang larang sebelum minum RAI ::
❌Stop makan ubat Carbimazole 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan ubat Thyroxin sebulan sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan seafood termasuk ikan 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan any produk tenusu termasuk cheese ke keju ke susu ke cheesy wedges ke or apa jua makanan yang berkaitan 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan sebarang coklat jugak tau 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌Stop makan KUNING TELUR 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌Stop makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina 1bulan sebelum tarikh minum RAI

Pantang larang selepas minum RAI ::
(Out patient - yang walk in ke ward dan balik umah terus lepas minum RAI)
❌ KUARANTIN kat rumah sekurangnya 7 hari
❌ TAK BOLEH nak singgah² pasar ke shopping mall ke apa ke..Terus balik rumah. Jangan sebarkan radiasi pada mereka yang sihat.
❌ Basuh baju asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan cuci by hand je..Untuk elak sebaran radiasi.
❌ TAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri.
❌ Pinggan mangkuk tak boleh kongsi. Kalau kuarantin kat rumah guna satu pinggan satu cawan satu sudu sepanjang kuarantin..Cuci asing dari pinggan mangkuk orang lain..
❌Tak boleh share bilik dengan ahli kelurga yang lain. Kena tidur dalam bilik berasingan.
❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi.
❌Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi.

Kalau patient in ward pun sama je pantang larangnya.. Cuma beza dalam wad ni kena pakai baju hospital, diet served dalam bekas yang disposable.. Guna tandas pam 3x.. buang sampah yang digunakan dalam tong khas yang disediakan.. ada ruangan khas yang memisahkan jarak pesakit dan staff untuk berkomunikasi.. Boleh menerima pelawat tetapi pesakit tak boleh keluar dari bilik.. kiranya nak membawang kuat² tak boleh la.. kena maintain jarak 1-2 meter tu..

Selepas 48jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. Macam mana dieorang ukur? Aku tak pasti sebab tak berpeluang lagi nak jumpa Staff Fizik dan tanya macam²...
Selama ni aku banyak cover klinik je.. pastu buat admission setiap ISNIN di ward..

Ramai pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan radiasi..even department lain pun ada yang tak paham.. takut sangat kalau dengar kita nak transfer patient ke department dieorang.. once Staff Fizik dah datang dan ukur radiasi dalam badan dan cakap all ok dan dah di tahap normal, means it's ok.. jangan campur aduk dengan perkara yang kita tak arif tentangnya..

Jangan bahas dengan mereka yang pakar dalam bidangnya.

Make it simple 😊😊

Correct me if I'm wrong. Still baru dalam dunia Nuclear ni 😊😊

#AkuNurse
#MommyAnakRamai

Tambahan info...

Jika pesakit collapsed ketika menjalani rawatan Radioiodine (sangat jarang berlaku) nyawa pesakit tetap diutamakan walaupun pesakit berada dalam keadaan beradiasi tinggi dan agak berisiko pada staff.. 

Namun,...

Jururawat yang bertugas perlu mengikut SOP KESELAMATAN yang ditetapkan..

Pegawai Sains Fizik yang bertugas atau oncall wajib diberitahu...Dan pegawai sains fizik akan datang ke wad dan mengukur kadar radiasi dalam badan pesakit..

Jururawat dan PPK pula perlu masuk ke bilik kuarantin secara bergilir²...Tidak digalakkan masuk bersama sekaligus..Tujuannya untuk mengelak terkena sebaran radiasi yang tinggi..

Untuk pengetahuan, pada ketika ini waris telah pun dimaklumkan akan keadaan pesakit oleh doktor. Jika pesakit meninggal dunia, LO (Last Office) akan dilakukan seperti biasa, namun bezanya pesakit akan dimandikan dan disolatkan di wad..segala urusan pengendalian jenazah akan dilakukan di dalam wad dan dipantau oleh pegawai sains fizik yang bertugas atau oncall...untuk proses pengebumian, hanya seorang atau dua atau beberapa waris terdekat sahaja yang dibenarkan hadir.. Tujuannya untuk mengelak sinaran radiasi merebak kepada mereka yang sihat. Selalunya waris faham dan akur dan akan mengikut arahan dari pihak hospital demi keselamatan diri masing²..

****************

No comments: