KLIKKLIK

CARBIMAZOLE BILA BOLEH STOP | TIROID DAN ANDA

sumber : fb grup Tiroid dan anda (ori) 


#gengtiroid 
#hypertiroid

CARBIMAZOLE : Bila boleh stop? 

Doktor anda yg akan buat keputusan bila masanya yg sesuai utk anda hentikan pengambilannya.

Jangan jadi doktor sendiri (baca: memandai2 jer kan.. Berani tahap sakaratulmaut ke apa) utk stop Carbimazole ,walaupun berasa sangat sihat dan tak ada simptom lagi. 

Ambik carbimazole dgn konsisten setiap hari. 
Kalau pagi ambik pagi saja.. 
Jangan hari ni pagi ,esok petang, lusa malam. .Tulat pulak tak ambik.. Buat2 lupa...(baca: saja nak cuit malaikat maut kannnn..)

Kalau betul2 terlupa ambik? 
Boleh ambik sejurus saja teringat.. Tak ada alasan..

Mereka yg ada masalah Hypertiroid (bukan Grave's disease) , ada peluang cerah utk doc stopkan ubat.. 
Caranya.. ambik carbimazole dgn konsisten , kawal pengambilan sumber Iodine (sila google makanan yg tinggi iodine ) kawal yer.. Bukan tak boleh ambik langsung . Badan kita masih perlukan sumber Iodine jugak. 

Contohnya..kalau makan seafood setiap hari. .Jadikan seminggu dua kali.. 
Kalau sekali makan sepuluh ekor udang.. Jadikan lima ekor saja. 
Kalau selalunya makan udang besar, tukar kpd udang bersaiz sederhana. 
Gitu. .Barulah tak serap Iodine belebihan .

Rakan2 grup yg masih baru dgn Hypertiroid ni. .Yg masih baru ambik carbimazole , berilah masa kpd carbimazole utk serasi dgn badan. Ada yg dua minggu dah serasi.. Ada yg sampai tiga bulan baru ok. 

Jika setiap kali selepas ambik carbimazole anda muntah , kenalah bagitau doc segera. Mungkin tak sesuai dgn carbimazole. 

Tetapi beberapa ketika setelah dah telanlah.. Bukan muntah semasa menelan . .Itu namanya tak reti nak telan ubat 🙄

Tahniah kpd rakan2 yg doc dah stopkan ubat. Tapi bukan maksudnya hora horey happy dance yer... Kena lebih berat jaga pemakanan, kena lebih peka pada simptom2 dan kena Redho jika Hypertiroid berulang .

Oh yer. .
Selalu kita akan lihat org akan tanya kat komen mcm ni " awak makan apa sampai doc boleh stopkan ubat?"

Jawapan yg bagus ialah "saya ambik ubat dgn konsisten dan tidak ada ambik apa2 supliment tanpa arahan doc"

Jawapan yg tak bagus pulak...(contoh aje yer. .Karang ada jugak yg ikut. .Kes naya) 
"setiap hari saya amalkan makan bunga ros, daun buat ulam...dengan duri dan akar sekali saya tokak."
Ehhh... Yg makan ubat tak cakap pulak yer?  Benda lain pulak yg dapat pujian.. 

Akhir sekali..
Siapa yg mmg tak nak ambik ubat yg doc bagi. .Tolong jangan komen kat post rakan2 dan tulis yg awak tak nak ambik ubat... Kpah tak nak rakan2 lain terikut turut tak ambik ubat. Kalau awak nak "jalan".. Awak "jalan"lah dulu.. Org lain masih jauh perjalanannya. ..

Corat coret:
Tuan tanah kedaung. 
(kedaung tu nama pokok yer ..Sila google 😁)


No comments: