Assalamualaikum
Salam Sejahtera
#gengtiroid
BILA jadi orang yg ada penyakit, pasti timbul satu perasaan yg terdesak untuk sembuh... Yer kan?
Pada masa tu, apa saja yg orang bagitahu tentang suppliment, tentang produk, tentang petua, tentang tempat rawatan, kalau boleh, semua nak ambik, semua nak pergi. Terdesak untuk sembuh.
Dan lebih mengecewakan lagi , bila turut berkongsi maklumat produk² yang kononnya untuk hormon tiroid, tanpa mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.
Memang berani...
Berani mati..
Pesan kpah, jangan kongsi apa produk yg anda ambik tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu. Hatta, nak membeli suppliment di Farmasi pun kena ada cadangan dan pendapat dari doktor. Jangan memandai nak cadangkan itu ini . Kalau terjadi sesuatu yang buruk selepas ambik produk yang anda cadangkan tu, MACAM MANA??
Kita sebagai pesakit, tak perlu bazir duit beli produk atau ubat yang kononya untuk kesembuhan penyakit tiroid. Bersabarlah sikit. Makanlah ubat. Ikutlah nasihat doktor.
Menjadi pengidap tiroid ni, tidak ada magic utk sembuh segera. Serahkan saja pada takdir Yang Maha Kuasa. Doa. Usaha / berubat dgn yg ahli. Tawakkal. Doa. Redha. Doa.
Bila hormon tiroid normal, bukan masa utk tepuk tangan. Tapi ianya masa utk berusaha supaya sentiasa normal.
Cabaran.
Bila doc stopkan ubat tiroid, bukan masanya utk buat happy dance yippi horay.. no. Anda yg dlm situasi tak makan ubat ni, kena lebih peka kepada simptom2 yg mungkin bakal menyerang.
Berbeza dgn yang sentiasa makan ubat... Kami terkawal.. InshaAllah.
Sekali lagi kpah tegaskan, jangan cuba² ambik produk yang kononnya khas untuk tiroid.
Ubat makan ke..
Ubat sapu ke..
Ubat traditional ke..
Ubat singseh ke..
Ubat Ayurvedic ke..
Semua tak perlu.
Apa yang patut anda buat?
Ubat hospital jangan culas (jika makan ubat),
Appointment Hospital jangan skip.
STRESS FREE !
Join support grup 👇👇
TIROID DAN ANDA (ORI)
No comments:
Post a Comment