KLIKKLIK

GRAVE'S DISEASE DAN MENGANDUNG | TIROID DAN ANDA

#gengtiroid: Grave's Disease dan mengandung

Ramai antara kita yang faham sangat perasaan nak ada zuriat , tapi untuk kes Graves’ disease, doktor sangat-sangat pentingkan kestabilan hormon tiroid dulu sebelum cuba mengandung.

Tapi kalau masih makan carbimazole 4 biji / lebih, maknanya hormon tiroid tu belum stabil lagi.

Kalau kita terus mengandung masa tiroid masih “hyper”, bahaya tau…
Risiko tinggi untuk keguguran, baby lahir awal, malah kadang-kadang baby pun ada risiko untuk kena masalah hormon tiroid aktif sedari dalam rahim lagi.

Biasanya doktor nak hormon tiroid kita stabil dulu, barulah plan nak mengandung.
Bila dah stabil, kadang2 doktor tukar ubat kepada yang lebih selamat untuk ibu mengandung seperti ubat PTU ( propylthiouracil) untuk trimester pertama.

Jadi janganlah sedih / stress yang tentu2nya tak elok utk yang mengidap masalah hormon tiroid ni.

Boleh sangat kalau nak pregnant nanti, cuma kena bagi badan betul-betul sihat dulu, hormon pun 'tenang' barulah senang “lekat” dan membesar dengan baik. InshaAllah 

Ramai juga dalam group ni yang dulu Graves jugak, tapi bila dah stabil, Alhamdulillah, ada rezeki dapat anak sendiri.

Doc akan nasihatkan supaya tidak mengandung, sekiranya apabila mengandung itu membahayakan nyawa ibu. 

😎#tuantanahkedaung

Yang penting, bincang dan rancang elok-elok dengan doktor. Banyak2kan berdoa...Allah tahu bila masa yang terbaik ...

No comments: