Pengambilan Ubat: Sebelum vs Selepas Makan
(Sentiasa ikut waktu dan dos yang diarahkan oleh doktor/pharmacist.)
1. Sebelum Makan (Perut Kosong)
Maksud: Ambil 30–60 minit sebelum makan ATAU 2 jam selepas makan.
Contoh Ubat:
-Hormon tiroid (Levothyroxine)
-Ubat gastrik tertentu (omeprazole, esomeprazole)-
-Antibiotik tertentu (ampicillin)
Tujuan: Supaya penyerapan ubat tidak terganggu oleh makanan.
2. Selepas Makan
Maksud: Ambil dalam 30 minit selepas makan.
Contoh Ubat:
-Ubat kencing manis (metformin, gliclazide)
-Ubat tahan sakit (NSAIDs seperti ibuprofen)
-Ubat kolesterol (statin – waktu malam selepas makan)
Tujuan: Mengurangkan kesan sampingan pada perut, bantu serapan.
😎#tuantanahkedaung
Tips Tambahan:
-Guna air kosong untuk telan ubat, elakkan susu/kopi/teh/oren dll kecuali diarahkan.
-Guna bekas ubat berlabel untuk elak tertukar.
-simpan ubat di tempat yang sesuai.
-Ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari
-setiasa pastikan bekalan ubat mencukupi
-periksa tarikh luput setiap ubat
#info_cikchat