ulang alik ke hospital..ujian darah..ubat-ubat ni semua dah jadi rutin. Masa 3 bulan diberi utk aku bersedia dr segi kesihatan dan mental.Siapa yg tak rasa takut..nak diusung ke dewan bedah..menyeramkan. Pengalaman melahirkan anak yg ketiga melalui pembedahan bertahun2 dulu pun masih terasa lagi....nyilu betul....
Temujanji utk x-ray...kemudian temujanji utk scan..bengkak dileher disuntik utk ambik sedikit sampel..bagi menentukan ada sel kanser atau tidak. Masa menunggu utk disuntik tu..kaki aku dah rasa kebas..mcm tak mau jer aku masuk dlm bilik tu.[ nasib baik ler doc yg mengambil sampel tu..encem lorrr..doc india..tak pe lah doc..ambik ler..]. Melihat aku yg dah pucat lesi..tangan dah sejuk..doc tu kata: rilex ya kak..kejap aje..tak sakit pun..mcm gigit semut...
Alahai..tak pe lah doc..encem punya pasal...
Satu lagi temujanji dgn pakar ENT..ni yg telinga hidung tekak. Tekak aku dijolok utk menentukan kedudukan peti suara aku. Doc kata..kalau tak buat ni..takut terpotong lak peti suara tu..lansung jadi bisu. Masa proses tu..tak sempat nak jolok ke dalam..aku dah nak termuntah. Berkali2 doc buat..akhirnya berjaya jugak.
selepas semua temujanji ni...aku dah bersedia [ dlm ketakutan dan kerisauan ] utk diusung ke dewan bedah.
5 comments:
aduhai... ketaq bila baca ni. - aDm
saya ada semua simpton2 tu tp pergi jumpa doc kat klinik dia ambek ujian darah dia ckp tiada tiriod. saya ok dah la dia suruh follow up kat hkl.saya dah foloow up tp lmnya nak tunggu keputusan.saya ingat saya dah sembuh tp lepas tu jadi balik.jd mkn susah nak telan termasuk susah nak bernafas.seksanya rasa.mcmn nitolong bg jln penyelesaian.saya gi klinik blk pun keputusan pun sama tak boleh nak tolong.appmnt hkl lambat lagi.ada cadangan lain tak
Pertama sekali,kpah cadangkan awak masuk grup fb TAIROD DAN ANDA, di situ ada ramai rakan2 yg senasib dgn awak. Ada yg result darah normal tapi masih hadapi simptom2 tairod. Kpah harap awak jgn putus asa..awak kena tunggu apoiment dan ikut nasihat doktor.
saya nak tanya mana yg result darah normal tu diorg pergi cek lg sekali tak? and thyroid ke bukan? sebab saya tengah jd mcm skrg. pergi pusat kesihatan universiti doktor tu bebel cakp normal rugi duit pergi hantar test la kene rm80 laa so terus saya malas dah nak pergi. tp simptom tu saya ada
Kpah pun buat dua kali selepas 6 bulan sbb masih ada simptom. Yg pertama negatif. 6 bulan kemudian, ujian darah positif Hypertiroid.
Selepas ini pergi KLinik Kesihatan atau Hospital Bahagian Pesakit Luar saja kalau masih ada simptom.
Jgn lupa join fb grup Tiroid dan Anda (ori) utk pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
Post a Comment