KLIKKLIK

Thyroid : sukar di fahami..



From: Rafiza <rafiza@imr.gov.my>
To: Sharifah Mohd Nor
Sent: Tue, October 13, 2009 6:19:02 PM
Subject: RE: Nuclear scan.


Waalaikumsalam,

Oh I C. Sorry Zaza lupa class mate yang sorang nih. Zaza minta maaf, Zaza memang pelupa bab nama orang tapi kalau tengok muka InsyaAllah Zaza perasan orangnya. Zaza tak sure samada perlu admit ward atau tidak sebab Sharifah mungkin diberi pil Iodin itu dan pada hari sebelum scan disuruh puasa malam sebelumnya. Pagi hari scan, mungkin disuruh makan pil tersebut dengan air suam sahaja dan dating ke Hospital PP untuk scan.

Tentang pembedahan dulu, Zaza tak sure kenapa disuruh buat pembedahan. Kalau Sharifah mengidap hyperthyroidisme sahaja, rasanya dirawat dengan ubat dahulu sebelum ke peringkat pembedahan. Apa result HPE (histopathology examination, iaitu bahagian tisu yang dibedah dan dikeluarkan akan dikaji untuk melihat struktur tisu bagi mengesahkan diagnosa penyakit yang dialami) pembedahan dulu?

Mengenai gejala yang Sharifah alami dan ubatan yang dimakan, Zaza akan cuba terangkan supaya Sharifah lebih memahaminya. Kelenjar tiroid mengeluarkan sejenis hormon (tiroksin) yang perlu untuk pelbagai aktiviti tubuh. Antaranya ialah  mengawal kadar metabolisme badan. Kelenjar ini terletak berdekatan sangat dengan satu lagi kelenjar iaitu paratiroid. Antara komplikasi pembedahan tiroid ialah terbuangnya kelenjar paratiroid. Kelenjar paratiroid ini fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon paratiroid yang mengawal jumlah kalsium didalam darah (jika paras kalsium rendah, hormone paratiroid akan dirembes lebih banyak untuk merangsang penyerapan kalsium dari makanan yang dimakan dan penyerapan kalsium dari tulang). Kemungkinan kelenjar paratiroid Sharifah sudah tiada lagi, jadi itu sebabnya Sharifah perlu makan kalsium. Tiroksin pula Sharifah perlu makan kerana paras tiroksin yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid telah menurun setelah menurun. Zaza kurang pasti samada Sharifah menjalani pembedahan yang mengeluarkan semua kelenjar tiroid atau separuh sahaja.

Selepas 4 tahun, doctor mencadangkan Sharifah makan carmazol kerana paras hormone tiroid you tinggi. Carbimazol adalah bahan aktif bagi carmazol. Carmazol ialah nama ubat sahaja. Fungsi carmazol adalah untuk menurunkan paras tiroksin. Badan kita tak boleh terlalu rendah atau terlalu tinggi paras tiroksin. Bila terlalu tinggi kita cepat marah, rasa panas sentiasa, kuat makan tapi badan makin kurus dan boleh menyebabkan jantung berdenyut secara tidak regular. Bila paras tiroksin terlalu rendah pula, Sharifah akan rasa macam yang dialami semasa makan carmazol. Itu sebabnya selepas berhenti makan carmazol dan ambil tiroksin semula, rasa badan kuat semula kerana kadar metabolisme badan telah pulih. Sharifah perlu ambil darah selalu kerana doctor hendak mengawal paras tiroksin dalam julat yang normal dengan ubat yang diberi tetapi sukar kerana bila off tiroksin dan bagi carmazol, tiroksin dalam darah you rendah sangat, bila bagi tiroksin, darah you meningkat. Darah you naik sebab tiroksin kea tau you memang ada darah tinggi saya tak pasti. Anyway, itu sebab mereka sedang menyiasat punca ketidakregular paras tiroksin you....

Harap you lebih faham and good luck again. Sori again sebab tak ingat classmate...

No comments: