From: Sharifah Mohd Nor [mailto:chepahkamal@yahoo.com]
Sent: Monday, 12 October, 2009 11:08 PM
To: Rafiza
Subject: Re: Nuclear scan.
Sent: Monday, 12 October, 2009 11:08 PM
To: Rafiza
Subject: Re: Nuclear scan.
Assalamualaikum..
Terima kasih atas penjelasan pasal nuclear scan tu. Saya akan menjalani scan tu pada tarikh yg akan diberitahu pada temujanji akan datang. Kalau ikutkan keterangan Rafiza tu,mungkin saya akan ditempatkan di wad kerana tempat tinggal saya di bukit mertajam,sedangkan scan itu hanya ada di hospital Pulau Pinang.
Pasal pembedahan yang dulu tu..untuk membuang bengkak dileher saya. Walaupun hanya 3mm saja saya bimbang akan membesar jadi saya setuju untuk dibedah.Saya mengidap hypertairod. Selepas pembedahan, kalsium dalam badan saya kosong sehinggakan saya kena telan calsium lactate sebanyak 6 biji sehari.Itupun kena minum susu lagi. Disamping itu telan tairodsit.
Selama 4 tahun semuanya ok dengan ubat tu. Jadi doktor cadangkan saya telan carmazol.(doktor menyebut carbimazol tapi saya yakin ubat tu namanya carmazol).Selama dua minggu saya telan, saya jadi tak tentu arah.Badan saya jadi lemah.,kaki tak dapat berjalan saya macam nak lumpuh.Ingatan saya jadi kurang cergas..saya lupa banyak perkataan. Saya diserang krem di bahagian atas pinggang, dada dan lengan.Sakit bukan kepalang.Bukan sekali tapi banyak kali..
Tak tahan dengan keadaan tu saya pergi klinik Tiga hari saya berhenti ubat,barulah saya ada kekuatan untuk berjalan.Doktor menyuruh saya telan tyrodsit semula. sebulan saya ambik masa untuk pulih.Ambik darah lebih kerap dan darah tinggi sayapun meningkat. Bermula dari itulah saya kena menjalani semua ujian seperti saya mula2 kena tyroid dulu.
Bila dah scan, doktor dapati saya ada sesuatu yang meragukan.Jadi kenalah buat nuclear scan. tapi saya tak dapat penjelasan yang terperinci.Sekarang saya dah paham jadi tak lah takut sangat.
Oh..saya lupa nak bagitahu, saya ni dulupun x-georgian jugak. Masa tingkatan 3, saya sekelas dengan zaleha,hasnizah,noris,muz kembar,jayoni, arwah md diah.,shahrin dan lain2 lah. Tapi saya pindah masa tingkatan 4.
Anyway terima kasih.
Sampai jumpa lagi..kalau ada masalah..saya rujuk kat doctor rafiza ye...
No comments:
Post a Comment