From: Rafiza
To: Sharifah Mohd Nor
Sent: Mon, October 12, 2009 12:08:42 AM
Subject: RE: Nuclear scan.
To: Sharifah Mohd Nor
Sent: Mon, October 12, 2009 12:08:42 AM
Subject: RE: Nuclear scan.
Waalaikumsalam.
Alhamdulillah saya sihat. Maaf tapi saya telah terlupa di mana saya pernah berjumpa atau berkominikasi dengan Sharifah. Mungkin you boleh ingatkan saya.
Boleh saya tahu pembedahan tiroid dulu untuk apa? Nuklear scan adalah sejenis ujian yang dilakukan untuk melihat fungsi tiroid. Dalam keadaan normal, kelenjar tiroid akan menyerap iodine dari darah kita. Oleh yang demikian untuk menyiasat fungsi tiroid, ujian nuclear scan ini boleh dilakukan kerana Sharifah akan diberi pil yang mengandungi iodine yang telah ‘tag’ dengan bahan radioaktif. Jadi apabila sel tiroid telah menyerap iodine dari saluran darah Sharifah (selepas 4-6jam mengambil pil tersebut), scanner yang digunakan akan mengesan pancaran radoaktif yang ‘melekat’ pada iodine tersebut. Semasa radiologist atau radiographer hendak melakukan scan ini, Sharifah perlu baring terlentang di atas meja dan scanner itu akan berada di atas leher dan dada Sharifah. Sharifah perlu baring tanpa mengerakkan tubuh bagi mendapatkan imej yang jelas. Semasa ujian ini dilakukan Sharifah mungkin rasa kurang selesa sedikit. Sharifah juga akan disuruh untuk berpuasa dari pukul 12 malam hari sebelum ujian ini dilakukan. Ujian ini dapat menentukan lokasi sel tiroid dan intensitinya. Dalam kes Sharifah mungkin doctor ingin melihat samada terdapat sel tiroid di luar dari kelenjar tiroid. Sesetengah nuclear scan menggunakan bahan yang mengandungi technetium. Ujian ini memang mengandungi risikonya (terdedah kepada bahan radioaktif) tetapi keputusan dari ujian ini dapat membantu dalam pengendalian kes Sharifah. Saya harap saya dapat membantu dan jika ada sebarang soalan lain sila emel kepada saya semula. Good Luck... :)
No comments:
Post a Comment