KLIKKLIK

Sakit : bukan pilihan ku

mula2 dulu..tidak pernah terpikir pun pasal tairod ni..apa dia tairod pun aku tak tahu..apa lagi bila doktor mengesahkan aku mengidap tairod..aku sangkakan penyakit ini tidak merbahaya pun..
selepas di sahkan aku ni sebagai pengidap tairod, aku selalu mencari2 dlm internet maklumat tentang tairod ni. Lebih2 lagi jika ada yg senasib, bolehlah berkongsi pengalaman..

ini gambar kedudukan kalenjar tairod. Kalenjar ini menghasilkan hormon tairod. Masalah akan timbul jika terkurang atau terlebih hormon tairod ini.

Ultrasound ni aku dah jalani beberapa kali..kali yg terakhir doktor mengesan ada sel yg tak diundang..jadi doktor cadangkan aku menjalani nuclear scan.

lebih kurang beginilah keadaan aku semasa menjalani nuclear scan tersebut. Selepas disuntik dgn radioaktif..aku menjalani ujian ini selama lebih dr 2 jam. Aku perlu meminum air sentiasa..

kalenjar tairod yg kelihatan pada scan.

aku seorang yg menghidap hypo..jadi beginilah tahap kesihatan aku..


senaman yg ringan banyak membantu..tapi hypo akan mudah letih. Jika tak buat senaman apa pun..keadaan hypo..sgt letih.
banyak jenis2 ubat yg dibekalkan sbg rawatan utk trairod ni. Aku mengambil tirodsit..sebiji sehari..tiap2 hari tak boleh tetinggal...
diantara ubat2an dipasaran yg digunakan oleh pesakit tairod. setiap org tidak sama jenis ubatnya..bergantung kpd tahap kesihatan masing2.

selain dr tirodsit..aku juga mengambil calsium lactate utk tulang. Aku juga mengambil pil utk darah tinggi. Buat masa sekarang ni..aku berulang alik ke hospital utk rawatan tairod dan juga rawatan utk darah tinggi..

1 comment:

Tuan Tanah said...

suami saya pun ada tairod yg perlu dioperate tapi smpai skrg tak operate...apa puncanya kelenjar tu terlebih atau terkurang ye? kita sendiri ke penyebabnye? atau memang tak tau knp..?