KLIKKLIK

Thyroid : soalan

Macam mana ni??? Bila ada yg bertanya pasal tairod..pening jugak nak menjawabnya. Ini ada beberapa soalan yg popular yg selalu ditujukan kpd aku.
[ aku menjawabpun ikut pengetahuan dan pengalaman aku sendirilah...sbb tairod ni ada macam2 jenis..jadi sbg panduan sajalah..]


Sakit tairod tu apa???
Kat leher kita ni ada satu kelenjar yg berbentuk seperti rama2..itu dipanggil kelenjar tairod. Ianya menghasilkan hormon. Fungsi tairod ni seperti minyak pelincir dlm badan. Sekiranya ada masalah dgn kalenjar tairod tu..maka kita akan menghadapi masalah terlebih hormon atau terkurang hormon.


Menurut seorang doktor yg menjadi tetamu di MHI tv3..terlebih hormon dipanggil hipertairodism..keadaan pesakit itu..menjadi aktif seperti lipas kudung.Tak boleh duduk diam..berpeluh kuat..berat badan berkurang dan degupan jantung juga menjadi kencang..maka kita akan sentiasa rasa berdebar-debar.


Hypotairodism pula ialah bertentangan dgn hyper. Hormon tairod terkurang. Keadaan pesakit senangnya di samakan dgn hippo..badak air. kenapa?? krn..pesakit akan merasa cepat letih dan malas. Sakit sendi2 dan otot. Ada juga yg sensitif kpd perubahan cuaca..cepat merasa sejuk..selalu demam terutama di waktu cuaca sejuk.Dan beberapa simptom lain. Tetapi hypotairod ini lebih teruk keadaannya dr pesakit yg hyper..


satu lagi tairod yg kelihatan bengkak di leher tu...bengkak yg sangat besar tu di panggil tairod gland..


dan beberapa jenis lagi yg aku sendiri tak tahu..kecuali merujuk internet..


Kena operate ker???


Setahun selepas disahkan mengidap tairod..selepas menjalani berbagai2 rawatan dan susulan..baru di operate.


Boleh sembuh ker bila dah operate??


Buat masa ini..mmg tak de harapan nak sembuh..aku kena makan ubat seumur hidup.Dan berulang alik ke hospital.dan membuat ujian darah berpuluh2 kali...







No comments: