KLIKKLIK

DARAH TINGGI : CARA MENGHADIRI TEMUJANJI

Sekali lagi temujanji dengan doktor di hospital.Biasalah, tekanan darah tinggi mestilah di pantau.

Tentukan Hospital mana anda akan menghadiri temujanji tersebut.


Pastikan tarikh dan waktu yang tepat.



Perkara  yang perlu diingat sebelum melangkah ke hospital ialah, KAD PESAKIT LUAR.





Kemudian buku kecik ni bertujuan untuk merekodkan tekanan darah pada hari itu. Hanya yang 'rutin' sahaja di minta untuk menggunakan buku.





Keputusan yang diperolehi akan mempengaruhi jenis ubat dan rawatan seterusnya.Jika 'cantik' resultnya, anda akan pulang dengan 'teruskan makan ubat yaaa..'





Ubat ini akan dipulangkan ke bahagian farmasi,bukan sebab tak makan tapi sebab berlebihan.Ini terjadi bila doktor mula menukar jenis ubat dan dos yang perlu anda ambil.Ubat yang masih elok ini akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukannya.

Akhir sekali, anda perlu ke farmasi untuk mengambil ubat untuk kegunaan seterusnya.Temujanji akan diberikan mengikut tahap kesihatan anda.

p/s: doakan result akak k-poh bagus yaaaa....

No comments: