KLIKKLIK

Imbas genetik


STEPHEN menunjukkan gambar rajah sampel gen yang sedang diuji kaji.



MAZLAN HAMID, 34, seorang eksekutif teknikal, sudah lima tahun mengambil ubat tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, baru-baru ini, dia mudah loya dan muntah.
Pada awalnya Mazlan beranggapan dia mengalami keracunan makanan tetapi apabila keadaan itu berlanjutan, bapa kepada dua anak ini mula risau.
“Biasanya keadaan itu akan terjadi apabila saya terlambat makan ubat. Namun, selepas saya makan ubat ikut jadual dan mengurangkan beban kerja, keadaan tidak banyak berubah.
“Saya beranggapan dos ubat yang diberikan doktor perlu ditambah tetapi doktor mencadangkan saya menjalani ujian saringan genetik supaya saya mendapat gambaran lebih jelas tentang masalah yang saya hadapi,” katanya.
Menurut Mazlan, selepas keputusan saringan genetik diperoleh, doktor mendapati jenis ubat yang diambilnya tidak lagi sesuai untuk dimakan.
“Doktor jelaskan, ubat untuk satu penyakit tidak semestinya sesuai untuk semua pesakit.
“Seperti saya, pada satu tahap tubuh saya telah menolak ubat yang saya ambil selama ini dan perlu bertukar kepada ubat lain,” katanya.
Keadaan yang dihadapi Mazlan bukan situasi yang jarang didengari kerana sudah banyak kes doktor dikatakan salah memberi perskripsi ubat.
Pendekatan satu ubat untuk semua pesakit mungkin perlu diperhalusi kerana tindak balas rawatan atau ubat yang diambil berbeza bagi seorang individu dengan yang lain.
Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini, Ketua Pegawai Saintifik di Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), sebuah syarikat pembekal perkhidmatan penjujukan dan analisis genom paling terkemuka di Asia, Dr. Stephen Rudd berkata, variasi genetik berlainan boleh menjadi penyebab ke atas tindak balas negatif terhadap ubat-ubatan.
“Perkhidmatan yang diselenggara pakar genetik ini membolehkan pakar perubatan dan doktor untuk lebih memahami dan memberi nasihat berkenaan pengurusan kesihatan pesakit mereka.
“Selain itu, pakar perubatan dan doktor boleh menentukan ubat-ubatan yang lebih sesuai dan berkesan pada dos yang optimum berdasarkan komposisi genetik pesakit,” katanya.

SETERUSNYA :

No comments: