KLIKKLIK

IBU HAMIL KURANGKAN DIET BERLEMAK

Kajian terkini oleh saintis di Oregon Health & Science University Doernbecher Children's Hospital terhadap tikus menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet tinggi lemak sebelum dan ketika hamil mempunyai jisim lebih berat jika dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet rendah lemak.Laporan penyelidik tersebut yang disiarkan dalam American Journal of Physiology and Endocrinology Metabolism diterbitkan oleh Persatuan Psikologi Amerika mendapati ibu-ibu yg beralih ke diet rendah lemak semasa kehamilan dengan ketara dapat mengurangkan risiko-risiko negatif.Penyelidikan sebelum ini menunjukan bayi menerima terlalu banyak nutrisi dalam rahim mengalami perubahan dalam pertumbuhan termasuk struktur hati,otak dan pankreas yang mengurangkan keimunan terhadap pelbagai penyakit apabila dewasa termasuk obesiti,diabetes dan penyakit kardiovaskular."salah satu penemuan utama menunjukan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet tinggi lemak mempunyai komposisi tubuh berlemak sebelum didedahkan kepada sebarang makanan,"kata Stephanie M. Krasnow yang merupakan saintis di Pape Family Pediatric Research Institute.Penemuan tersebut menunjukan  bahawa perubahan kepada diet rendah lemak semasa mengandung dapat mengurangkan kesan-kesan bahaya obesiti ibu kepada bayi. kosmo

No comments: