KLIKKLIK

KANAK-KANAK MESTI CUKUP TIDUR

Satu kajian yang dijalankan oleh Autonomous University of Barcelona (UAB) dan Ramon Llull University di Sepanyol mendapati terdapat kaitan antara tabiat tidur iaitu bilangan jam tidur dan prestasi akademik kanak-kanak berumur antara 6 dan 7 tahun.Pakar mendapati tabiat masuk tidur lewat atau waktu tidur kurang daripada 9 jam boleh menjejaskan kemahiran akademik kanak-kanak."kebanyakan kanak-kanak tidur kurang daripada tempoh yang disarankan untuk perkembangan intelektual mereka dan tabiat ini menghalang perkembangan tersebut. Ini merupakan kajian pertama dilakukan oleh saintis Sepanyol yang membuktikan kehilangan atau kekurangan waktu tidur dan tabiat kurang baik mejejaskan prestasi akademik kanak-kanak sekolah." kata Ramon Cladellas yang merupakan penyelidik di Fakulti Psikologi di UAB.Berdasarkan kaji selidik itu, para penyelidik percaya bahawa tidur lebih daripada 9 jam dan rutin malam yang tersusun mempengaruhi prestasi kanak-kanak.Menurut Cladellas, kekurangan tidur menggangu prestasi dalam pengetahuan linguistik,tatabahasa dan ejaan. kosmo

No comments: