KLIKKLIK

SUPLEMEN PUNCA KEMATIAN PRAMATANG

Wanita yang mengambil vitamin dan suplemen makanan mungkin berdepan risiko masalah kesihatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Sebuah kajian yang melibatkan hampir 39,000 orang wanita mendapati multivitamin, vitamin B, asid folik, zat besi, magnesium dan kuprum yang disangka dapat meningkatkan kecergasan badan sebenarnya menyumbangkan kepada risiko kematian pramatang.
Para saintis dari Finland,Norway,Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah menilai kesan jangka panjang pengambilan vitamin dan mineral bagi 38,772 wanita berumur 55 tahun hingga 69 tahun.
Selama 18 tahun,wanita-wanita itu merekodkan setiap suplemen yang mereka ambil.Keputusan yang disiarkan di Archives of Internal Medicine mendapati bahawa kuprum meningkatkan risiko kematian pramatang sebanyak 18 peratus.
Asid folik yang disarankan untuk wanita hamil bagi melindungi bayi dari spina bifda pula meningkatkan risiko kematian sebanyak 6 peratus,zat besi dan vitamin B6 (4 peratus),multivitamin (2.4 peratus), magnesium (3.6 peratus) dan Zink (3 peratus).
Keputusan  kajian oleh Universiti Copenhagen,Denmark pada 2008 menunjukkan,terdapat sesetengah suplemen boleh meningkatkan risiko kematian pramatang sebanyak 16 peratus.
Walaupun bukti suplemen yang membawa maut belum dibuktikan,saintis tetap yakin mengenai kesannya terhadap sistem pertahanan semulajadi manusia.

kosmo

No comments: