KLIKKLIK

JUS CERI MUDAHKAN TIDUR

Jika sebelum ini anda mengamalkan minum susu atau secawan teh sebagai petua untuk mudah tidur,apa kata anda berubah kepada segelas jus ceri. Menurut kajian oleh Sekolah Sains Kehidupan,Universiti Northumbria,Britain baru-baru ini,rasa masam dalam minuman itu dapat membantu pesakit insomnia untuk tidur.
 Pengarah Pusat Kajian Tidur,Dr. Jason Ellis yang merupakan ketua pengkaji menjelaskan,jus ceri dapat meransang hormon melatolin yang memudahkan seseorang untuk tidur. "apa yang lebih mengujakan adalah kandungan melatonin dalam tat ceri juga sudah mencukupi untuk membuatkan seseorang itu tidur dengan sihat,"kataEllis. kosmo

No comments: