KLIKKLIK

HIDROGEL

Hidrogel mampu berfungsi sebagai bahan yang membantu merawat luka terutama yang susah untuk pulih dan terkini,UKM sedang mengkaji bahan tersebut untuk diambil secara oral untuk kegunaan pesakit diabetis. INFO:  GEL* sejenis bahan bersifat solid yang kelihatan seakan-akan jeli.Ia bersifat kuat tetapi lemah apabila daya kekerasan diberikan. *Ia adalah hasil daripada bahan cecair yang sistem molekulnya telah mengalami proses taut silang.Tetapi tiada pergerakan ketika dalam keadaan stabil.  HIDROGEL*dikenali juga sebagai akuagel,ia adalah rangkaian polimer yang molekulnya bertaut silang.Sifatnya mampu menyerap air berkali-kali ganda berbanding beratnya. *bahan asas hidrogel sama ada semulajadi atau polimer sintetik.Banyak digunakan dalam farmaseutikal kerana mempunyai kelembapan. *beberapa sifat fleksibiliti hidrogel serupa dengan tisu semulajadi kerana kandungan airnya. *dijadikan bahan pembawa ubat supaya ia dapat dibebaskan secara perlahan-lahan. *digunakan sebagai pelapik kepada tisu kulit buatan untuk membaiki kulit lecur terbakar atau luka. *boleh menjadi bahan utama pembuatan lampin pakai buang. *untuk pertanian kerana ia mampu menakung air yang mengandungi baja dan bersifat keras untuk memegang pokok. *dijadikan sebagai pembalut luka kerana boleh memberi kelembapan untuk mengubati parut. *bahan utama menghasilkan kanta lekap kerana mempunyai sifat optik yang baik dan mampu memberi oksigen pada mata. *sebagai bahan dalam implan payudara.Bagaimanapun tidak begitu meluas. 

No comments: